fbpx

Kesilapan Berbilion Dollar

0 556

Pada tahun 1998, pengasas Google mahu menjual google kepada Yahoo pada harga USD1 juta tetapi ditolak oleh pengurusan Yahoo. Menyedari kesilapan itu, pada tahun 2002, Yahoo cuba membeli semula Google pada harga USD3 billion sebaliknya Google menawarkan harga USD5 billion. Sekali lagi, Yahoo menolak tawaran tersebut.

Pada tahun 2008, Microsoft menawarkan pengambil alihan kepada Yahoo dengan harga USD40 billion, sekali lagi Yahoo menolak.

Advertisement

Malangnya, semakin hari Yahoo semakin hilang kelebihannya sebagai perintis dunia dotcom yang bermula pada 1998. Akhirnya Yahoo dijual kepada Verizon dengan harga USD4.6 billion pada tahun 2016.

Pada hari ini, Syarikat Google (Alphabet) bernilai USD1.2 trillion.

Cerita yang sama berlaku kepada TESLA . Di mana suatu ketika TESLA berada di ambang kegagalan pada 2018 ketika pelancaran model 3 program kereta TESLA. Kalau kita baca cerita TESLA, di mana Elon Musk pernah bercadang untuk melakukan penyahsenaraian TESLA dari pasaran Saham dengan mencari dana swasta (private funding).

Bacaan berkaitan: Apa Yang Menarik Sangat Tentang Apple?

Bacaan berkaitan: Strategi Pemasaran Tesla Cybertruck Hampir Tiada Kos

Ketika inilah, Elon Musk berjumpa dengan CEO Apple Tim Cook dengan menawarkan Apple mengambilalih TESLA dengan harga 10% dari nilai pasaran TESLA sekarang lebih kurang USD60 billion. Pada hari ini TESLA sudah bernilai lebih USD690 billion.

Mungkin pada tahun yang sama 2018, Apple sudah pun membuat prototaip kereta tanpa pemandu. Mungkin kerana itu, Apple menolak tawaran Musk. Dikatakan Apple sendiri akan melancarkan jenama Artificial Intelligent Car seperti TESLA pada tahun 2024.

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.