fbpx

Ketidaksamarataan Jantina Dalam Menghadapi Koronavirus

0 60

Koronavirus tidak merosakkan sistem sedia ada. Sebaliknya ia mendedahkan kerosakan dalam sistem sedia ada.

 

Daripada pemandu bas sehingga ketua kerajaan, ramai yang jatuh sakit kerana ancaman paru-paru ini.

 

Advertisement

Penyakit ini dikatakan tidak memilih sesiapa kerana semuanya akan terinfeksi. Namun apabila melihat statistik, jelas sekali ada ketidaksamarataan dalam jantina berkaitan angka jangkitan.

 

Bandaraya New York (NYC) mempunyai statistik yang serupa seperti China dan Itali. Bahawasanya lebih ramai lelaki mati kerana koronavirus (Rabin, 2020).

Jurang jantina ini tersangatlah jelas. 43 daripada 100,000 lelaki di NYC dianggarkan meninggal dunia angkara koronavirus. Namun bagi wanita berdasarkan jumlah sama, hanya 23 dijangka menjadi mangsa kematian.

 

Ketidaksamarataan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, tetapi juga mencerminkan kadar penyertaan masing-masing dalam ekonomi dan hidup.

 

Misalnya lebih ramai lelaki menghisap rokok, berbanding wanita. Manakala wanita pula dilengkapkan dengan sistem imunisasi yang kuat.

Mereka mempunyai dua kromosom-X yang menyimpan kuasa imunisasi untuk merintangi ancaman koronavirus (Lawton, 2020).

 

Namun dalam ekonomi pula, kedua-dua jantina teruk dikerjakan koronavirus. Pada bulan Mac sahaja, 1.4 juta rakyat Amerika dibuang kerja. Lonjakan besar ini mempunyai jurang +0.9% wanita dan +0.7% lelaki.

 

Melihat kelebihan fizikal, lelaki paling terkesan dalam sektor automotif dan pembinaan jika datangnya krisis. Itulah yang terjadi pada tahun 2009 apabila Kemelesetan Besar berlaku (Amann, 2009).

 

Pada kali ini, wanita mendominasi dalam sektor kesihatan, sekaligus diserap dalam barisan hadapan.

 

Manakala lelaki pula lebih ramai yang perlu berada di tempat kerja secara fizikal, seperti pelayan restoran atau penuang arak (bartender).

 

Maka kebergantungan sebegini telah memustahilkan sebarang kerja atas talian, sekaligus memberikan cerminan bagaimana keadaan di seluruh dunia ini dalam ambang Revolusi Perindustrian 4.0.

Source Amann, S. (2009, Mei 1). Men hit hardest by job losss. Spiegel. Lawton, G. (2020). Men hit harder by Covid-19. New Scientist, 246(3279), 8. Rabin, R.C. (2020, April 7). In N.Y.C., the coronavirus is killing men at twice the rate of women. The New York Times.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.