fbpx

Khazanah Ambil Alih Lebuhraya Daripada PLUS, IJM, Gamuda dan Prolintas

0 144

Khazanah mengumumkan akan mengambil alih 15 buah lebuhraya daripada PLUS Malaysia Berhad, IJM Corporation Berhad, Gamuda Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd. Khazanah berhasrat untuk mengambil ke semua lebuhraya ini dengan nilai sebanyak RM 43 billion.

Khazanah akan menerbitkan 2 perpetual debt paper sebanyak RM 43 billion dengan pakej A sebanyak RM 30.1 billion dan pakej B sebanyak RM 12.7 billion. Khazanah akan menubuhkan sebuah syarikat special purpose vehicle (SPV) untuk mengambil alih semua lebuhraya yang dicadangkan.

Advertisement

Berikut adalah senarai lebuhraya yang dimiliki oleh 4 buah syarikat tersebut berserta pegangannya;

PLUS Malaysia Berhad

  1. Lebuhraya Utara-Selatan (100%)
  2. Lebuhraya Elite (100%)
  3. Lebuhraya Pantai Timur 2 (100%)
  4. Lebuhraya Laluan Kedua (100%)
  5. Jambatan Pulau Pinang (100%)
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim (100%)
  7. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (100%)

Gamuda Berhad

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (100% melalui LITRAK Holdings Bhd)
  2. Lebuhraya Sprint (SPRINT) (30%)
  3. Lebuhraya Shah Alam (KESAS) (70%)
  4. Terowong SMART (50%)

IJM Corporation Berhad

  1. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) (100%)
  2. Lebuhraya Kajang- Seremban (LEKAS) (50%)
  3. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) (100%)
  4. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) (20%)

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas Sdn Bhd)

  1. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (100%)
  2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) (100%)
  3. Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GCE) (100%)
  4. Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) (100%)
  5. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) (100%)
  6. Lebuhraya Kemuning- Shah Alam (LKSA) (100%)

Syarikat-syarikat di atas merupakan syarikat Government Linked Company (GLC) yang mana mempunyai pegangan secara individu atau terkumpul lebih 20% daripada Government Linked Investment Company (GLIC). Untuk PLUS Malaysia Berhad, Khazanah mempunyai pegangan sebanyak 51% daripada syarikat UEM Group Berhad yang merupakan syarikat milik penuh Khazanah. Baki pegangan sebanyak 49% dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) pula merupakan sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Seterusnya, Kerajaan Malaysia telah berhasrat untuk mengambil alih 4 buah lebuhraya daripada Gamuda Berhad dengan nilai RM 6.2 billion pada bulan Jun yang lepas. Namun sehingga hari ini, Gamuda masih belum memberikan kata putus untuk menjual 4 buah lebuhraya tersebut. Menurut laporan, sebuah syarikat SPV akan ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk mengambil alih 4 lebuhraya ini. Namun, kerajaan membuat tawaran baru bernilai  RM 5.6 billion untuk mengambil alih lebuhraya bawah penyeliaan Gamuda Berhad. Gamuda merupakan sebuah GLC yang mana mempunyai pegangan terkumpul sebanyak 33.17% daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Awam Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

IJM Corporation Berhad pula mempunyai pegangan dalam 4 buah lebuhraya. IJM mempunyai pegangan dalam WCE Holdings Bhd yang memiliki 80% dalam Lebuhraya Pantai Barat. Baki 20% dipegang oleh IJM. Selebihnya, syarikat ini mempunyai pegangan penuh dalam Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Untuk Lebuhraya Kajang Serembas (LEKAS), IJM mempunyai pegangan sebanyak 50%. IJM Corporation Berhad juga merupakan sebuah GLC dengan pegangan terkumpul sebanyak 44.32% daripada KWSP, KWAP, LTH, PNB and ASNB. Rujuk gambar di bawah untuk gambaran jelas.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.