fbpx

Kisah Bagaimana Kasut Pertama Nike Berjaya Dijual

0 1,560

Pada April 1964, Phil Knight iaitu pengasas bersama Nike menerima penghantaran kasut pertama daripada Jepun. Sejak itu, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai akauntan dan terus menjual kasut di keretanya.

 

Walau bagaimanapun, strategi perniagaan Knight yang memerlukan dia memandu untuk mencari pelanggan agak sedikit gagal. Jadi pada pertengahan 1965, Knight telah mengupah Jeff Johnson sebagai pekerja sepenuh masa pertamanya.

 

Advertisement

Dalam 10 bulan sahaja, Johnson berjaya menjual 3250 buah kasut dan Knight beranggapan ini merupakan prestasi yang sangat menakjubkan.

Kredit: Waffle Racer

Strategi perniagaan Johnson sama sahaja dengan Knight iaitu memandu untuk mencari pelanggan yang berpotensi. Namun begitu, Johnson melangkah kepada cara yang lebih proaktif apabila menjalinkan interaksi dengan pelanggan.

 

Setiap kali menjual kasut, Johnson akan bikin satu kad berkenaan pelanggan tersebut. Melalui data-data yang diperoleh itu, Johnson terus berinteraksi dengan pelanggan.

 

Malahan Johnson juga seringkali berbalas surat dengan pelanggan bagi mengetahui masalah mengenai penggunaan kasut yang boleh dia selesaikan.

 

Sebagai contoh, ada satu pelanggan memberitahu kasut itu tidak miliki span yang mencukupi untuk berjalan jauh.

 

Bagi menyelesaikan masalah ini, Johnson telah mengupah tukang sepatu untuk memasukkan banyak lagi span ke dalam kasut tersebut lalu dikirim terus beberapa hari kemudian. Kadar balasan surat tersebut juga mencapai peratusan 95% begitu laju sekali.

 

Usaha keras Johnson ini telah bikin pelanggan mula meminati produk kasut daripada Nike. Johnson yang tidak berhenti berusaha dan terus mendekati masyarakat untuk memperkenalkan Nike membuatkan produk itu semakin dikenali.

 

Senang cerita, bayangkan ketika kawan anda sedang menatal gambar di laman Instagram dan terpapar iklan Nike lantas kawan anda memberi tahu anda.

 

Itulah apa yang berlaku kepada Nike pada masa lalu apabila produk itu menjadi buah mulut masyarakat.

 

Sejak daripada itu Nike menjaya menjual 50,000 buah kasutnya yang pertama hanya dengan kaedah mulut ke mulut sahaja.

 

Bermakna mereka tidak perlu membayar lebih untuk buat satu strategi perniagaan yang futuristik, cukup sekadar mulut pelanggan membantu menghebahkannya. Pada hari ini Nike berjaya menjadi antara gergasi dalam penghasilan produk sukan di dunia.

 

Malahan Nike juga banyak menaja atlet-atlet hebat untuk mempromosikan produk mereka. Hari ini juga Nike telah berkembang daripada sekadar menjual kasut kepada menjual pelbagai barangan sukan seperti jersi dan bola.

Source Marketing Example. (n.d). How Jeff Johnson sold Nike's first shoes.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.