fbpx

Konspirasi Dan Tangan Ghaib Disebalik Segala Teknologi

0 788

Secara umumnya, teknologi adalah satu himpunan ilmu yang tersusun dan berkaitan serta berperanan bagi mencapai matlamat bersifat pratikal. Teknologi juga merupakan pengawalan sekitaran untuk memenuhi keperluan manusia.

 

Dewan, Bahasa dan Pustakan pula menyatakan teknologi adalah tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan dan jentera.

 

Advertisement

Namun begitu, sebagai pengguna tegar teknologi, pasti kita tertanya-tanya mengapa produk teknologi era kini begitu mudah untuk rosak.

Kredit: CMN Academy

Bukan itu sahaja, pasti kita merasa aneh bagaimana produk yang digunakan ketika era 80-an dan 90-an dahulu mampu bertahan selama berbelas tahun.

 

Kita ambil contoh mudah, alatan elektrik berjenama National dikatakan mampu bertahan selama belasan tahun berbanding alatan elektrik jenama popular.

 

Penanak nasi di rumah keluarga penulis pun masih menggunakan alatan elektrik berjenama National sejak tahun 1998. Bukan itu sahaja, jangka hayat telefon bimbit terkenal seperti Nokia 3310 juga begitu lama sehingga sukar rosak walaupun dibaling.

 

Hal ini sebenarnya menimbulkan persoalan, mengapa produk silam yang begitu minimum teknologinya boleh bertahan dengan lama berbanding produk dengan teknologi terkini.

 

Apple seumpamanya adalah pencetus utama kepada kehadiran pelbagai jenis jenama telefon pintar di dunia ini. Bahkan terlalu banyak ciri-ciri yang diperkenalkan Apple melalui Iphone menjadi ikutan oleh syarikat telefon bimbit lain.

 

Masalahnya, Iphone mudah untuk rosak dan memerlukan kita senantiasa bertukar model bagi mendapatkan kemaskini terbaru.

 

Kenapa Apple tidak menghasilkan sebuah produk yang senantiasa boleh menerima kemaskini terbaru mereka dan mengapa tidak buat sebuah produk yang tahan lama?

 

Jika Apple melakukan hal sedemikian rupa, mereka seolah-olah meletakan keris di leher mereka. Kenapa boleh jadi begitu pula? Tahukah anda, hal sedemikian pernah dilakukan oleh syarikat Konica Minolta yang mengeluarkan kamera.

Kredit: Dpreview

Kamera yang dikeluarkan oleh Konica Minolta telah mencapai taraf “terlalu sempurna” hingga menyebabkan pelanggan tidak mahu membelinya. Maksudnya di sini, kesukarannya untuk rosak serta tidak memerlukan kemaskini yang baru menyukarkan syarikat untuk terus bertahan.

 

Malahan peralihan kepada era digital juga menjadi asbab syarikat ini semakin terjejas sehingga terus menamatkan pengeluaran kamera pada 2006.

 

Peralihan daripada filem analog ke kamera digital jelas gagal dimanfaatkan oleh syarikat ini. Selepas itu, syarikat ini terus beralih-arah kepada produk mesin fotokopi dan peralatan pengimejan perubatan.

 

Jika kita lihat kepada Iphone, ianya mudah rosak jika tidak dijaga dengan elok terutamanya melibatkan skrin lcd. Cuba anda bayangkan, Iphone yang telah diletakkan kaca bajaan (tempered glass) pun boleh pecah lantas memaksa anda untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membaikinya.

 

Bukan itu sahaja,banyak model Iphone yang sudah tidak menerima kemaskini terbaru iaitu iOS 14. Ianya tidak mesra marhaen malahan perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk senantiasa berjalan seirama dengan kemaskini Apple.

 

Situasi ini bisa terjadi kerana Apple mahu keluarkan pelbagai produk baru dengan teknologi terkini. Jika mereka mengeluarkan produk yang boleh beradaptasi dengan kemaskini terbaru pasti akan rugi.

 

Cuba bayangkan jikalau Iphone 3G boleh mencapai iOS 14, pasti ramai masih gunakan produk itu. Iphone generasi baru tidak akan mendapat sambutan memandangkan yang lama masih lagi mampu berfungsi.

Kredit: Imore

Bagi pihak pengguna pula, mereka tidak akan sesekali membeli Iphone 3G dengan kemaskini iOS 14 kerana tidak mampu menjalankan fungsi seperti generasi baru. Bahkan berkemungkinan Apple akan selesa dengan produk tersebut sehinggalah terus tidak relevan.

 

Hal ini pernah terjadi kepada Nokia apabila terlalu selesa dengan sistem operasi symbian sehingga tidak mahu berubah kepada android lantas menyebabkan kejatuhan mereka.

 

Alatan elektronik seperti Apple juga mudah rosak juga kerana dicipta sebagai satu pusingan untuk mereka mendapatkan wang. Bayangkan, anda pergi membeli Iphone 11 Pro dan tidak sampai sebulan digunakan, ianya telah pecah berderai.

 

Situasi ini memerlukan anda pergi ke pusat servis Apple bagi membaiki. Jika kerosakannya terlalu ketara, anda akan dinasihati untuk menukar kepada model lain. Nampak tak, secara tidak langsung syarikat-syarikat ini mendapat wang pusingan lantas membocorkan poket kita.

 

Perkara ini bukan sahaja terpakai kepada Apple sahaja malahan melibatkan produk lain juga. Ianya adalah satu lumrah bagi memastikan produk terus relevan dan pelanggan akan terus membeli.

 

Jika dibikin terlalu sempurna, pasti semua syarikat akan menerima nasib seperti Konica Minolta. Penulis pasti anda semua pernah merasainya, oleh itu apa pendapat anda mengenai hal ini? Adakah patut alatan elektrik dibikin sempurna ataupun mudah rosak demi menikmati teknologi terkini.

Source Che Wan Jasimah bt Wan Mohamed Radzi & Osman bin Bakar. (1996). Teknologi menurut perspektif Islam dan Barat. Jurnal Usuluddin, 3(1996), 147-155. McCurry, J. (2006, Januari 20). Konica Minolta to stop making cameras and film amid big losses. The Guardian.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.