fbpx

Kontroversi Zakat Perlis

0 1,902

Terdapat beberapa kontroversi melibatkan Zakat Perlis yang mungkin tidak ramai yang tahu. Perkara ini memberi kesan kepada semua institusi zakat di Malaysia yang masih lagi belum jumpa jalan penyelesaian sehingga hari ini. Mari saya cerita serba sedikit maklumat pro/kontra jika anda bayar ke Perlis.

 

Isu : Kenapa ramai orang bayar Zakat ke Perlis?

Advertisement

1. Sebab utama mereka boleh dapat hingga 50% bayaran zakat untuk diagih sendiri. Contoh, Bayar zakat RM1,000 (Resit dicetak RM1,000) tapi hakikatnya mereka cuma bayar RM500 sahaja.

 

2. Ejen Zakat Perlis yang kutip di luar kawasan dapat komisyen 20%

Kesannya, ramai ejen insuran/takaful/hibah jadi Ejen Zakat Perlis sebab sangat menguntungkan. Ada juga ejen yang datang ke syarikat yang buat potongan gaji sebulan RM100,000 untuk tukar ke Perlis. Ejen tu dapat RM20,000!

 

Jadi kalau anda bayar zakat sebanyak RM1,000, RM200 adalah untuk Ejen (20%), RM500 dapat balik kepada pembayar zakat. Hanya RM300 dapat kat Zakat Perlis. Audit di Perlis laporkan RM1,000 sebab resit RM1,000. Jarang ada bisnes yang dapat bagi komisyen tinggi 20% setiap bulan.

 

Apa masalahnya?

1. Apa hukum kita akad bayar zakat RM1,000, tetapi hanya RM300 dapat kat institusi zakat? (50% pembayar, 20% komisyen ejen).

 

2. Majoriti yang dapat semula 50% duit tu tak agihkan pun kepada asnaf. Guna untuk keperluan sendiri. Sedangkan akad pada mulanya adalah akad zakat.

 

3. Adakah ia satu bentuk penipuan bila kita claim pelepasan cukai zakat untuk LHDN RM1,000 (resit dapat penuh), tapi hakikatnya cuma bayar zakat RM500?

 

4. Maksimum agihan zakat boleh diterima Amil untuk pengurusan adalah 1/8 (12.5%). Tapi 70% dah diserahkan kepada ejen/pembayar?

 

5. Kutipan Zakat Perlis adalah ke-4 tertinggi di Malaysia selepas Selangor, KL dan Johor. Adakah logik penduduk negeri yang sangat sedikit tetapi mempunyai kutipan jauh lebih tinggi dari negeri yang lebih besar seperti Kelantan, Pahang, Kedah, Perak?

 

6. Perlis telah berhenti isytiharkan jumlah Kutipan dan Agihan Zakat tahunan. Tapi tiadasiapa persoalkan dan tanya.

 

7. Kutipan Zakat negeri-negeri lain terjejas teruk sebab Ejen Zakat Perlis agresif kejar 20% komisyen. Ia beri kesan langsung kepada asnaf di negeri-negeri terlibat.

 

Kesimpulan

Kita bising dan viral bila institusi zakat tidak agihkan zakat dengan betul. Tetapi bila ada peluang dapat duit 50% dari bayaran zakat (dan boleh dapat rebet 100% cukai), kita langsung tak persoalkan lagi kemana agihan zakat tu pergi. Asalkan dapat duit!

 

Negeri yang mempunyi asnaf yang ramai teraniaya sebab jumlah kutipan zakat semakin rendah setiap tahun dan institusi zakat hanya boleh agih apa yang dikutip. Tapi ada negeri sangat mewah sebab jumlah kutipan terlalu banyak sehingga berlebihan duit zakat dari sepatutnya.

 

Kalau ada adik beradik dan saudara mara jatuh miskin, belajar, perlukan bantuan zakat, mereka minta kat institusi zakat negeri masing-masing. Tapi bila nak bayar zakat, bayar ke negeri lain sebab ada imbuhan kewangan. Dari akal yang waras kita tahu perkara tersebut tidak betul.

 

Akhir sekali, saya menyeru agar bayaran zakat dibuat kepada negeri masing-masing. Ia lebih baik. Kat situ tempat kita cari rezeki dan tempat kita tinggal. Sekurang-kurangnya bantu negeri tersebut selesaikan masalah kemiskinan. Bukan beri kepada negeri lain. Wallahua’lam.

 

Artikel ini ditulis oleh Faisal Rahim.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.