fbpx

Kos Tersembunyi Dalam Rumah Lelong

0 3,036
Dalam pelaburan hartanah, antara kunci utama dalam menjana keuntungan adalah dengan mendapatkan harga rumah dibawah harga pasaran semasa. Salah satu cara untuk dapatkan harga rumah sebegini adalah melalui lelongan hartanah.

 

Namun, ia tak semudah yang disangka. Ikuti perkongsian pengalaman Tuan Shafie Bustan selama beliau melibatkan diri dalam hal rumah lelong.

 

Apabila anda beli rumah lelong, segala tunggakkan cukai pintu, cukai tanah atau bil penyelenggaraan, anda kena selesaikan terlebih dahulu.

 

Advertisement

Sama ada anda boleh claim atau tidak kepada pihak bank, kena baca dulu betul-betul proclamation of sale.

 

Bila anda tengok orang tu jual rumah banyak untung, orang ni jual rumah lelong lumayan untungnya, anda kena tahu apa kos kos yang terlibat.

 

Sanggup ke anda dahulu kan duit yang banyak? Ada ke modal tunai untuk melibatkan diri dalam pasaran lelong?

 

Bagi saya, ini contoh cukai pintu unit yang dibeli sendiri dari lelongan awam. Benda begitu dah jadi lumrah dan asam garam dalam pasaran lelong. Tuan rumah tak bayar bertahun tahun cukai pintu dan bil penyelenggaraan.

 

Ada yang lebih 10 tahun pun ada.

 

Pelaburan hartanah lelong ini ibarat anda buka perniagaan. Nak buat bisnes mesti kena ada modal. Nak beli harga murah, kena ada modal yang lebih sikit.

 

Kena kira bajet, kena tahu selok beloknya, kena tahu risikonya apa.

 

Benda ni banyak bermain dengan masa. Kena tahu pasal kewangan, pasal financing loan di bank, kena tahu RPGT, kena ambil tahu bab-bab baik pulih rumah.

 

Bil cukai pintu dibawah ni, kalau tengok kan caj semasa untuk 6 bulan, tak banyak pun. Baru RM88.50 . Kalau 1 tahun baru RM177.

 

Tetapi, bila dah tertahun tak bayar. Tertunggak sampai RM1,397.50 . Maknanya dah tertunggak selama lebih 7 tahun.

 

Itu baru cukai pintu, belum kira maintenance fees lagi. Yang mungkin tertunggaknya banyak juga.

 

Sanggup kah anda keluar kan duit dulu untuk selesaikan semua ni???

 

Kemudian, baru claim pada pihak bank. Itu pun sekiranya terdapat klausa dalam PoS tersebut yang menyatakan akan tanggung segala tunggakkan yang ada.

 

Kalau anda tak lepas bahagian kira-kira, tak cukup tunai, jangan teruskan. Bahaya nanti, takut terkandas pula di tengah jalan nanti.

 

Macam selalu saya ingatkan sebelum ni, CASH IS KING.
Anda ada tunai lebih, pilihan anda pun banyak. Boleh cari rumah lelong yang 40% lebih rendah daripada harga pasaran. Ada yang 30% dan ada juga 50%, banyak pilihan ada.
Kalau anda belum sedia, buat lah simpanan terlebih dahulu.

 

MENABUNG.

 

Tak ada siapa nak tolong anda kecuali anda sendiri ubah gaya hidup anda. Tak payah nak acah acah banyak duit, pakai dan beli saja yang mana perlu. Jangan terikut-ikut dengan orang lain. Nak minum tempat yang mewah ker, starbuck ker, mau pakai kereta luar kemampuan anda ke, tengah bulan ikat perut makan maggi jer.

 

Apa yang saya cerita ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Saya pun dah lalui zaman muda yang penuh dengan kebocoran, boros dan membazir di tempat yang tak perlu.

 

 

Saya sendiri dah tengok berapa ramai yang kecundang dalam pelaburan hartanah. Yang beli unit high end, yang beli soho, yang beli unit commercial, semua tu dah lalu depan mata saya. Dan dikalangan kawan-kawan saya sendiri, yang dulunya cakap tak mahu kalah, tetapi sekarang dah lama tenggelam.

 

Apa pun ilmu tu penting, tak kira dengan siapa pun anda belajar. Tak mampu nak pergi kelas di luar sana, anda bacalah buku.

 

 

Banyak buku-buku yang bagus diluar sana pasal kewangan. Antaranya buku Dr Azizul Azli. Power dan mantap, saya respect penulisannya yang selalu memberikan manfaat.

 

Jika anda nak tahu detail pasal process flow rumah lelong, saya dah gabungkan pengalaman dan ilmu lelong dalam combo ebook ini. (KLIK SINI)

 

Yang mana malas nak baca, nak dengar jer apa saya mengajar, anda boleh wassup 017-9151694 untuk masuk kelas lelong saya. Seharian saya mengajar pasal pelaburan lelong dengan yuran yang murah, agar lebih ramai yang ada kesedaran.

 

Artikel ini dipetik daripada penulisan Facebook Tuan Shafie Bustan, seorang yang berpengalaman dalam pasaran rumah lelong.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.