fbpx

Krisis Makanan Akibat Brexit

0 396

Pembubaran Kesatuan Soviet dan pengunduran United Kingdom daripada Kesatuan Eropah membuktikan satu benda.

 

Bukan senang untuk buat apa yang dijangka mudah. Pada 23 Jun 2016, rakyat UK telah mengundi nasib negara dalam EU. 51.89 peratus orang memilih “Leave”. Jadi David Cameron pun meletakkan jawatan kerana dasarnya tidak lagi relevan.

 

Advertisement

Kalau ditanya golongan pakar antarabangsa, keputusan UK sebenarnya salah. UK pada hari pemilihan sudah 43 tahun bersama EU. Jika cerai selepas 43 tahun kahwin pun boleh ada impak, apatah lagi perkara ini.

 

Sehingga 13 Ogos 2020, 55 peratus makanan untuk UK dibuat sendiri. Manakala 26 peratus lagi diimport dari EU.

UK mempunyai populasi 66.65 juta. 26 peratus daripada angka tersebut ialah 17.33 juta orang. Bermakna makanan untuk orang seramai ini memerlukan dasar pengurusan baharu, kerana UK tentu sekali kehilangan semua manfaat keahlian.

 

Itulah yang disampaikan jemaah menteri UK pada 30 Julai 2018 (Little, 2018). Namun mereka diselar penyokong-penyokong Brexit seperti Peter Bone yang mengatakan, “it’s palpable nonsense.”

 

Dua tahun kemudian, Brexit masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya. Berkemungkinan besar tahun ini UK dan EU tidak dapat mencapai kata sepakat tentang akses pasaran.

 

Dengan ambang koronavirus, pendedahan jemaah menteri sebelum ini didapati benar. Kerajaan Boris Johnson sedang berusaha untuk meningkatkan jaminan makanan (Hingham, 2020).

 

Walau bagaimanapun pasaraya sudah mula membaut catuan makanan supaya semua bekalan dijual secara sama rata. Makanan bertin terutamanya dihadkan hanya pada kuantiti tertentu sahaja.

 

Brexit ialah sebuah usaha untuk mengeluarkan UK yang katanya tidak tahan dengan komitmen dana tahunan. Daripada tahun 1973 hingga 2020, UK dijangka memberi £215 bilion.

 

Namun kos Brexit dalam tempoh empat tahun sahaja sudah mencecah £130 bilion (dengan £70 bilion lagi perlu ditanggung sebelum 2021).

 

Jelas di sini UK belum bersedia untuk keluar EU dan pemilihan demikian hari menyusahkan semua orang.

Source Hingham, A. (2020, Ogos 24). Brexit food shortages: What to stockpile as no-deal Brexit looms. Express UK. Little, A. (2018, Julai 30). Brexit food crisis fury: Campaigners slam scare claims of shops running out of suppliers. Express UK.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.