fbpx

Krisis OPEC 1973

0 2,046

Pada tahun 1973 harga minyak telah meningkat 4 kali ganda kepada USD12 setong. Ahli OPEC daripada negara-negara Arab ketika itu menyekat eksport minyak mentah ke Amerika Syarikat, Jepun dan barat Eropah (yang merupakan lebih daripada 50% pengguna minyak ketika itu).

 

Mengikut peraturan bekalan dan permintaan, tindakan OPEC menyekat eksport minyak ini  menyebabkan bekalan minyak mentah berkurangan, maka harga minyak pun akan meningkat naik.

 

Advertisement

Pada tahun 1971 , Presiden Amerika Syarikat, Presiden Nixon mengambil keputusan untuk mengeluarkan AS daripada standard emas (gold standard). Bermakna simpanan dalam USD tidak lagi boleh ditebus nilai dengan emas. Kesannya, harga emas mendadak naik manakala USD menyusut. Penyusutan USD mengurangkan pendapatan negara-negara OPEC kerana harga minyak diniagakan dalam matawang USD. Hal ini menyebabkan kemarahan dalam kalangan negara-negara OPEC.

opec meeting

Akhirnya, kemarahan tidak lagi dapat ditahan apabila Barat mengambil keputusan untuk menyokong Israel dalam peperangan Yom Kippur menentang Mesir dan Syria, tindakan tersebut menyemarakkan lagi kemarahan mereka yang berakhir dengan sekatan minyak sebagai tindak balas kepada Barat.

 

Kenaikan harga minyak sehingga 4 kali ganda telah menjadi punca kepada kos kenaikan sara hidup rakyat. Anda boleh bayangkan sendiri minyak naik 20 sen pun roti canai boleh naik 20 sen juga, bayangkan kalau minyak naik 4 kali ganda, berapa pula harga roti canai ye?

Baca: Kisah kemelesat ekonomi 2008

Semasa krisis ini, bekalan minyak sangatlah terhad sehinggakan kereta terpaksa beratur panjang di setiap stesen minyak. Sehinggakan sesetengah negeri menggunakan nombor pendaftaran kereta sebagai syarat mengisi minyak, kereta dengan nombor pendaftaran ganjil mengisi minyak pada hari ganjil dan sebaliknya. Had kelajuan negara turut dikurangkan kepada 55 mph sebagai salah satu langkah penjimatan. Krisis minyak ini merupakan salah satu punca kepada kemelesetan ekonomi AS 1973-1975.

 

Di United Kingdom pula, kadar inflasi meningkat sehingga 24% telah menyebabkan tekanan ekonomi kepada rakyat. Kenaikan harga minyak juga menyebabkan rakyat beralih kepada kereta yang lebih kecil saiznya. Kesannya, syarikat daripada Jepun seperti Honda dan Toyota berjaya menguasai pasaran kereta di UK kerana mereka mengeluarkan kereta bersaiz kecil.

 

Sekatan minyak akhirnya dihentikan pada tahun 1974. Namun harga minyak terus kekal tinggi selepas itu dan OPEC terus menjadi pemain utama dalam menentukan hala tuju harga minyak mentah dunia. Hari ini OPEC mengawal 42% bekalan minyak mentah dunia, 61% eksport minyak dunia dan memiliki 80% daripada simpanan minyak.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.