fbpx

KWSP Umum Penambahan Integrasi 6 Syarikat Amanah Saham

0 180

Seperti mana kita semua tahu, KWSP telah melancarkan sistem pelaburan menggunakan caruman KWSP atas talian iaitu i-Invest pada Ogos 2019. Sistem ini telah memudahkan bagi pencarum untuk mempelbagaikan pelaburan caruman KWSP mereka serta boleh buat perbandingan untuk kenalpasti syarikat amanah saham yang berprestasi tinggi.

Baca : Cara Labur Unit Trust Menggunakan I-Invest KWSP

Advertisement

Sejak dari itu sehingga 30 April 2020, data menunjukkan sebanyak 25,000 transaksi yang telah berjaya dilakukan melalui i-Invest yang berjumlah RM219.3 juta.

Sebelum ini, 5 terdapat 5 syarikat amanah saham yang telah integrasikan sistem mereka dengan i-Invest iaitu :

  1. Amanah Saham Nasional Bhd
  2. Eastspring Investments Bhd
  3. Manulife Investment Management (M) Bhd
  4. Principal Asset Management Bhd
  5. Public Mutual Bhd.

Bagi syarikat amanah saham yang tidak mempunyai sistem integrasi untuk mempromosikan produk pelaburan mereka melalui i-Invest, 2 syarikat berikut dijadikan sebagai medium untuk tujuan tersebut iaitu :

  1. iFAST Capital Sdn Bhd
  2. Phillip Mutual Bhd

Dan terkini, 5 syarikat amanah saham yang turut serta dalam integrasi sistem mereka sendiri adalah :

  1. Affin Hwang Asset Management Bhd
  2. Kenanga Investors Bhd
  3. RHB Asset Management Sdn Bhd
  4. Hong Leong Asset Management Bhd
  5. TA Investment Management Bhd

Kenapa setiap syarikat amanah saham kearah untuk sediakan sistem integrasi mereka sendiri?

Dalam era teknologi hari ini, pelbagai inovasi diperkenalkan untuk memastikan setiap perkara dilakukan dengan efektif dari segi kos dan masa khususnya.

Dalam hal ini, pengenalan i-Invest telah memenuhi objektif tersebut dimana pencarum bebas untuk melabur sendiri secara atas talian tanpa melalui ejen dimana dikenakan caj sebanyak 1.5%.

Dengan i-Invest, caj yang dikenakan adalah lebih rendah. Bagi syarikat yang menggunakan sistem integrasi syarikat lain, sudah pasti ada kos yang terlibat. Jadi, dengan pengenalan sistem integrasi masing-masing, ini dapat mengurangkan lagi yang perlu dihadapi.

Tambahan, pada Mei 2020, KWSP telah mengumumkan pencarum yang melabur melalui i-Invest tidak akan dikenakan sebarang caj selama 12 bulan yang mendatang.

Secara kesimpulannya, pencarum perlu buat perbandingan dana amanah saham dalam sistem i-Invest dan hanya perlu klik nama dana yang menepati kriteria pelabur. Seterusnya pelabur akan dibawa ke laman syarikat yang berkenaan dan boleh selesaikan pendaftaran pelaburan secara atas talian.

Mudah bukan?

Tapi tak semudah dalam proses pemilihan, tanpa ilmu, mungkin anda bakal buat keputusan yang salah. Oleh itu, anda boleh gunakan khidmat perunding kewangan yang berlesen dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bantu anda buat keputusan yang betul.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.