fbpx

La Liga Pun Alami Masalah Kewangan!

0 137

Baru-baru ini, ramai mengeluh apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 selepas rayuan menyambung semula saingan ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan perlaksanaan PKPB. Apa impaknya jika MFL dibatalkan? Baca di sini.

Bagi MFL sendiri, keputusan berat ini dibuat bagi mengelakkan banyak pasukan daripada berdepan masalah kewangan sekiranya penangguhan diteruskan terutama dari segi isu kontrak pemain.

Advertisement

Namun jika ramai menganggap masalah kewangan sebagai alasan remeh yang diberi MFL, maka mereka perlu melihat masalah kewangan yang membelenggu salah satu liga terkaya di dunia iaitu Primera Liga/La Liga.

la liga

Beberapa hari lepas, pengerusi liga Javier Tebas mendedahkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya €500 juta (RM2.4 bilion) untuk menamatkan saingan musim ini.

Selain itu, kelab-kelab La Liga termasuk Barcelona dan Real Madrid terus bergelut dengan isu kewangan termasuk masalah gaji yang membebankan (Baca juga: Mengapa Pemain Bola Sepak Perlu Dibayar Gaji Tinggi)

Justeru, Tebas melihat kelab-kelab tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan langkah penjimatan kos termasuk memotong gaji pemain dan staf.

Dalam satu temubual bersama akhbar Marca, beliau berkata, “Terdapat industri besar di sebalik La Liga dengan banyak pekerjaan bergantung kepada industri ini. Berdasarkan laporan terkini, terdapat 180,000 pekerjaan. Mempertahankan industri ini merupakan satu tanggungjawab sosial. Kita harus menjadi contoh kerana itu dapat menambah dan mengembangkan lagi pekerjaan.

“Ramai orang perlu faham La Liga mempunyai banyak tanggungjawab. Kami masih terlebih belanja sekitar €500 juta (RM2.4 bilion) kerana kelab-kelab tidak dapat mengeluarkan pemain yang masih ada kontrak – usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan gaji.

“Sesetengah kelab mencuba dan meneruskan usaha pemotongan gaji. Antara yang paling terkesan ialah Valencia, Real Madrid dan Barcelona – mereka masih gagal memindahkan pemain yang tidak diperlukan keluar dari kelab.

“Untuk mengakhiri musim, bola sepak Sepanyol perlu berbelanja €490 juta (RM2.39 bilion) untuk membayar perbelanjaan kelab-kelab tetapi tidak kepada semua kelab. Kami mengesan 17 kelab, sesetengah daripadanya mengalami kekurangan duit sebanyak €3 juta(RM14.6 juta), ada yang kurang €100 juta (RM488 juta). Tetapi kelab yang mengalami kekurangan €3 juta berdepan situasi lebih buruk berbanding kelab yang kekurangan €100 juta.

“Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini. Contohnya, Valencia tidak lagi beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan mereka dikritik kerana menjual pemain-pemain mereka tetapi mereka terpaksa melakukannya, Barcelona juga perlu mengurangkan senarai gaji mereka untuk menamatkan musim. Mereka tiada pilihan lain.”

Barca berharap dapat berkompromi dengan bintang-bintang utama mereka dalam soal pemotongan gaji dengan harapan dapat meraih penjimatan sebanyak £170 juta (RM925 juta).

Bacaan berkaitan: Misi The Red Warrior Ke Bursa

Namun selepas mengadakan perbincangan selama beberapa hari, belum ada solusi yang memuaskan kedua-dua pihak. Lionel Messi merupakan penerima gaji tertinggi dengan £500,000 (RM2.72 juta) seminggu.

Sementara Los Blancos pula sedang mengadakan perbincangan sama dengan bintang-bintang utama mereka.

Pada awal tahun ini, pemain-pemain dan staf kejurulatihan bersetuju mengambil potongan gaji sebanyak 10-20% bagi membantu menstabilkan kantung kewangan kelab.

Source Davis, Daniel. (2020). LaLiga faces hit of half a BILLION euros to finish the season, according to president Javier Tebas... who insists clubs have 'no other option' but to cut wage bills in coronavirus clampdown. Daily Mail.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.