fbpx

Lagu Kumpulan Search Bernilai Jutaan Ringgit?

0 4,113

Ramai sedia maklum, Search merupakan pencetus pertama fenomena rock tanah dan juga berjaya membawa muzik rock dari arena bawah tanah ke arus perdana. Antara lagu Search yang terkenal adalah Isabella dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Search juga memiliki lahu-lagu yang berentak heavy tapi kurang didendangkan seperti Menara Kesesatan Gothik Malam Edan. Walau bagaimanapun ada satu berita baru mengenai Search yang pasti akan mengejutkan para peminat rock tanah air.

Advertisement

Baru-baru ini pemain gitar Search iaitu Din Mayat menyatakan terdapat beberapa pihak yang membeli katalog lagu kumpulan legenda itu yang dikatan bernilai jutaan ringgit.

Search
Kredit: Harian Metro

Ramai sedia maklum, Search merupakan pencetus pertama fenomena rock tanah dan juga berjaya membawa muzik rock dari arena bawah tanah ke arus perdana.

Katalog lagu tersebut melibatkan lapan album kumpulan Search iaitu Fenomena, Karisma, Rampage, Gema Di Timur Jauh, Rock N’ Roll Pie, Bikin Wilayah, Selepas Banjir dan Gothik Malam Edan.

Cadangan penjualan katalog kumpulan Search kepada pihak lain sebenarnya satu idea yang agak bagus. Hal ini demikian kerana usia ahli kumpulan Search telah menjangkau 55 tahun dan inilah masanya untuk mereka menjana keuntungan.

Ianya ditambah lagi dengan pengunduran vokalis Amy Search dan pemergian pemain drum iaitu Yazit ke rahmatullah. Hari ini, hanya tinggal tiga sahaja ahli kumpulan Search yang masih lagi aktif dalam kumpulan.

Sebelum ini mereka pernah berhasrat untuk menganjurkan konsert dengan menjemput Pae Barongan dan Datuk Awie.

Namun semuanya tergendala angkara serangan Covid-19. Mungkin penjualan kesemua katalog lagu akan membantu ahli kumpulan Search untuk terus hidup dan menikmati tempoh persaraan mereka.

Jangan terkejut kerana perkara seumpama ini juga turut berlaku di luar negara melalui Bob Dylan. Tahukah anda, Bob Dylan telah menjual semula lagu cipataannya kepada pihak Universal Music Publishing Group.

Baca juga Kenapa Bob Dylan Jual Kesemua Lagu Ciptaannya

Bacaan lain: Bagaimana The Beatles Menjana Keuntungan Setelah 56 Tahun

Keuntungan yang diperolehi daripada penjualan tersebut adalah sebanyak $400 juta. Malah bayaran yang diterima daripada penjualan tersebut lebih tinggi berbanding royalti kesemua lagi ciptaan Bob Dylan.

Ianya juga menjadi salah satu mekanisme untuk Bob Dylan mengelak membayar cukai dan dapat menikmati sepenuhnya hasil.

Kesimpulannya, tidak salah untuk Search atau mana-mana kumpulan menjual katalog lagu mereka bagi mendapatkan lebih banyak keuntungan. Boleh dikatakan katalog lagu itu adalah satu bentuk pelaburan.

Jika ada tawaran yang menarik, mengapa tidak jual sahaja untuk mendapatkan hasil optimum. Apa-apapun, harus pastikan harga diberikan bersesuaian dengan barang yang akan dijual atau dilaburkan.

Source Riadz Radzi. (2021, Mac 24). Lagu Search bernilai jutaan ringgit. Harian Metro.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.