fbpx

Langkah-Langkah Memilih Takaful Income Protection

0 314

Langkah-langkah memilih polisi takaful income protection:

  1. Tentukan KEPERLUAN
  2. Peruntukan KEWANGAN
  3. Sesuaikan dengan PRODUK

 

Advertisement

“Afyan, nak buat macam mana tu?

Rileksss… Baca sampai habis. Tapi panjang sikit la

 

Step 1: Tentukan Keperluan

1. Kira pendapatan tahunan. Ini ialah pendapatan yang ingin kita lindungi.

2. Kumpulkan semua jenis pendapatan yang ada, bukan sekadar gaji bulanan. Contoh; sewa, keuntungan pelaburan, dividen dan sebagainya.

3. Untuk mengira jumlah keperluan, ada 2 cara

 

Cara 1: Capital Liquidation Method

Darabkan pendapatan tahunan tadi dengan 10

 

Contoh: Pendapatan RM50,000 setahun x 10 = RM500,000

 

Cara 2: Capital Intact Method

Pendapatan tahunan tadi dibahagikan dengan potensi pelaburan / ROI minimum.

 

Contoh: Pendapatan RM50,000 setahun bahagi 6% = RM833,333

*6% adalah potensi pelaburan / ROI utk dilaburkan RM833,333 itu.

 

4. Apa beza kedua kaedah tadi?

  • Kaedah “Capital Liquidation Method”, coverage mencukupi untuk 10 tahun perlindungan pendapatan.
  • Manakala dengan kaedah “Capital Intact Method” pula, perlindungan pendapatan kekal selagi mana modal awal tidak diusik

 

5. Pampasan (Coverage) di atas untuk pampasan kematian dan lumpuh. Bagi pampasan penyakit kritikal, cara kira ialah dengan darab 3 ke 5.

 

Contoh: Jika pendapatan RM50,000 setahun, coverage yang diperlukan ialah RM150,000 ke RM250,000

 

Step 2: Peruntukan Kewangan

1. Berdasarkan pendapatan, peruntukkan sekitar 5% – 6%

 

Contoh, jika pendapatan RM50,000 maka peruntukan yang diperlukan ialah RM2,500 ke RM3,000 setahun.

 

2. Kemudian, kirakan perbelanjaan yang ada untuk memastikan ada peruntukkan di atas.

3. Jika tidak mencukupi, boleh peruntukan junlah yang ada.

 

Contoh, hanya mampu RM2000 sahaja setahun.

 

Step 3: Sesuaikan Dengan Produk

1. Untuk step ini, perlu rujuk perunding untuk dapatkan proposal yang disertakan bersama PDS (Product Disclosure Sheet)

2. Berdasarkan jalan kira di atas, sesuaikan produk dengan perlindungan pendapatan sebagaimana berikut;

  • Caruman RM2,500 setahun
  • Pampasan Kematian dan Lumpuh: RM500,000 (cover 10 tahun pendapatan)
  • Pampasan Penyakit Kritikal: RM250,000(cover 3 ke 5 tahun pendapatan)
  • Jika ada waiver, boleh dimasukkan.

 

3. Dapatkan PRODUK yang bersesuaian dengan PERLINDUNGAN & peruntukan KEWANGAN.

4. Tips memilih produk: Rule of thumb: Pilih yang paling tinggi pampasan dengan caruman yang paling rendah. Kenapa bayar lebih?

 

FAHAM KE FAHAM?

 

Artikel ini ditulis oleh Tuan Afyan Mat Rawi yang merupakan pengasas Infaq Consultancy. Beliau telah berkecimpung dalam bidang kewangan dan takaful lebih 10 tahun.

banner takaful

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.