fbpx

Langkah-langkah Mengubah Wang Haram Kepada ‘Halal’

0 1,840
Tengok kes pengubahan wang haram yang mengaitkan Shuib Sepahtu dengan Datuk/Datin Macau Scam, teringat saya pada subjek Money Laundering and Specialized Fraud masa ambil Master In Forensic Accounting.

 

Topik ni memang berkait rapat dengan Scam Macau yang menipu orang ramai (mendapat wang haram dengan cara menipu) – ini adalah specialized fraud.

 

Advertisement

Specialized fraud di Malaysia ni ada banyak, antaranya Love Scam (janda kesepian kena tipu duit dengan pak hitam), scratch and win, black money, blackmail naked photo dan lain-lain.

 

Macau Scam modus operandi dia, dia akan kol mangsa yang mereka ada isu dengan kad kredit, mahkamah, LHDN, kastam dengan mengatakan mereka berhutang dengan pihak yang disebut, jadi mereka terperdaya lalu memberi bayaran, ada yang kena tu, makcik pakcik kena bayar sampai RM10,000. Jadi, kalau tengok kekayaan Datin Alya & husband ni memang mewah gila lah.

 

Duit haram perlu dicuci, maka mereka perlu mencari platform yang sah untuk disucikan, di sini lah jenayah penggubahan wang haram bermula.

 

Combine these 2: Money Laundering and Specialized Fraud.

 

Modus operandi money laundering ini ada 3 Peringkat:

 

1. Peringkat Placement
Peringkat ini, pengubah wang haram perlu mencari medium untuk memasuki wang mereka ke dalam sistem ekonomi. Kes pelupusan wang haram ini selalu menggunakan transaksi tunai.

 

Kalau tengok operasi mafia, dadah semua; pakai tunai. Kalau nak cuci, mereka perlu bijak. Tapi Datin Alya ni kurang bijak. Dia berbelanja mewah dekat parti, kereta mewah, beli krim Lamer Jlo sampai RM9,000 secara tunai. Anti Aging Cream ni botol kecil tu RM1,000. Awet muda kau. dia berbelanja atas diri sendiri.

 

Pengubah wang yang bijak takkan sebodoh itu. Mereka akan gunakan kaedah smurfing (tau cartoon smurf kan). Membahagikan wang kepada pihak ketiga dalam bentuk amaun yang kecil.

 

Katakan anda ada RM3 juta tunai, anda akan pecahkan RM100,000 kepada 30 orang atau lebih, kemudian beri “upah” kepada mereka ni. Kalau kena tangkap dan harta dirampas, duit anda masih lagi selamat.

 

Sebab kalau terus masuk amaun yang besar atau kecil2-kecil ke satu akaun, BNM mmg dah ada mekanisme yang diletakkan di bank-bank Malaysia. Bank yang menerima amaun yang banyak akan trigger STR (suspicous transaction record) dan CTR (Cash threshold report) berdasar amaun dan transaksi berulang. Pihak bank kena laporkan kepada BNM.

 

Jadi, pengubah wang yang bijak, peringkat pertama, jangan tunjuk sangat berharta. Sorok sikit. Gunakan banyak mule account. Baru susah nak kesan.

 

2. Layering
Peringkat layering di mana, mereka perlu menutup jejak wang itu ke dalam perniagaan, aktiviti yang sah. Jadi, Shuib Sepahtu adalah prime target untuk menjadi rakan kongsi buat franchise Bubblebee. Mamat kulaan ni lurus bendul. Senang nak kitai. Dia bernasib baik. Kalau hanya Datin Alya ni sahaja yang buka bubblebee dengan dia; kalau jawap saya tak tau pun duit haram tu haram; memang kira bersubahat.

 

Tapi dalam mana- mana franchise business, bila nak bukak cawangan, mereka kena hantar penyata kewangan, sumber kewangan, segala usaha wajar (due diligent) untuk membuktikan duit tersebut datang dari sumber yang sah.

 

Mungkin Shuib Sepahtu takde framework atau proses KYC (Know Your Customer). Bukan dia saja kot, ramai lagi kat luar.  Bila org bawa duit tunai berkepuk-kepuk, rasa kagum. Orang bagi duit tunai RM20-30k, sanggup jadi keldai dadah.

 

Macam bank atau mana-mana institusi kewangan, ada KYC – know your customer diligent. Ini termasuk insurans/takaful, broker saham, peguam, akauntan dan lain-lain.
Kalau tengok cerita The Firm (law firm yang deal dgn mafia yg dilakonkan oleh Tom Cruise) atau The Accountant – Ben Affleck (akauntan yg autism menolong terroris menutup trail money).

 

Pelbagai jenis kerjaya yang terlibat dengan penggubahan wang haram. Kalau tengok perniagaan macam kedai-kedai tayar, rumat urut, along, atau mana-mana restoran, kedai dobi atau bisnes yang tak berapa nak maju, tapi boleh bertahan selama 2-3 tahun, ini mungkin perlu disiasat.

 

Peringkat layering, ia sudah memasuki pintu ekonomi secara sah.

 

3. Integration
Peringkat integration di mana pembelian sebenar pada nilai yang tinggi macam beli hartanah secara tunai , beli kereta, beli lukisan dan sebagainya. Dari peringkat layering di atas, di sini, mereka akan menjual semula aset-aset yang diperolehi secara haram. Kalau nak kesan pada peringkat ni, duit banyak sebab jual hartanah, jual tanah, jual kereta mewah. Sini, kira dapat balik duit yg dicuci secara sah.

 

Specialized crime ni, ada red-flags yang diperhatikan oleh pihak berkuasa (SPRM, PDRM, LHDN).

 

Contohnya, anda berbelanja mewah untuk baby shower lah, kereta mewahlah, tapi tak tahu punca.

 

Mcm kes SPRM utk TLDM lumut, satu jabatan perolehan bersubahat dengan ketua jabatan untuk menyeleweng. Pegawai pangkat biasa. tapi sangat bermewah, pergi meeting naik kereta lambo, pakai rolex. Nampak perbelanjaan tidak setara dengan pendapatan.

 

Atau kes klasik 90-an, Aman Shah yang songlap duit bank, pakai kereta mewah tunjuk dalam TV padahal gaji RM1800. Semua ni, akan trigger redflag kepada pihak autoriti untuk menyiasat.

 

Ingat kisah Al Capone mafia di AS yang tumbang kerana lari dari membayar cukai. Dari situ, polis dan IRB korek sumber kewangan haram beliau.

 

Yang dok tayang kekayaan kat facebook, instagram, tiktok ke, LHDN ada unit pemantauan Media Sosial. Mereka perhati je yang tunjuk gambar tunai macam Datin Alya. Unit ini juga buat penyamaran kat kedai-kedai makan yang viral beratur panjang. Perhatikan berapa banyak pelanggan pada waktu puncak, tiba-tiba dapat surat layang dari LHDN.

 

Kesimpulannya, ni macau scam peringkat kampung. belum cerdik sangat.

Tips to be a good money launderer:
1. jangan kedekut – spend la lebih skit kat keldai atau mule, dah kau dapat duit haram dgn modal air liur lagi nak kedekut. Dont be so greedy lah.
2. jangan menunjuk2 – tapi kesian la kan ada duit berkepuk-kepuk tapi tak leh show off. lebih baik takde duit.

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.