fbpx

Lego: Dari Bengkel Kayu Kepada Permainan Kanak-Kanak

0 123

LEGO yang berasaskan brick seringkali menjadi pilihan kanak-kanak sebagai permainan utama di rumah. Cara permainannya yang mudah, fleksibel dan boleh dibentuk mengikut rupa dikehendaki memang menawan hati. Tahukah anda sebelum kehadiran LEGO, kanak-kanak hanya miliki permainan berbentuk tetap dan tidak boleh diubah. Perkara inilah yang nantinya menjadi ilham kepada penubuhan LEGO. Persoalannya sekarang bagaimanakah Lego boleh dicipta dan kena bentuk batu-bata diambil sebagai asas?

Semuanya bermula apabila Ole Kirk Christiansen telah mencipta permainan ini di bengkel kayu sambil dibantu oleh anaknya. Dua tahun kemudian, permainan itu secara rasmi telah dinamakan LEGO bersempena satu frasa bahasa Denmark iaitu leg godt yang bermaksud play well.

Advertisement

Pada awalnya, permainan berasas bricks ini dibentuk menggunakan kayu dan berjaya menambat seketika hati kanak-kanak. Namun masalah lain pula muncul apabila bricks berasaskan kayu ini sukar untuk dicantumkan dalam tempoh masa yang lama. Godtfred Kirk yang baru mengambilalih LEGO melihat masalah ini bakal membuatkan LEGO terkubur. Jadi beliau telah beralih arah kepada plastik yang lebih mudah dicantumkan setelah 12 tahun setia menggunkan kayu.

Dalam masa yang singkat sahaja, LEGO semakin dikenali dan mula dimainkan oleh kanak-kanak di Denmark. Beberapa tahun selepas itu LEGO berjaya menembusi pasaran Eropah dengan membuka cawangan di Switzerland dan United Kingdom.

Setelah itu, LEGO buat pertama kalinya memperkenalkan DUPLO iaitu set bricks yang boleh dimainkan dengan mudah oleh kanak-kanak. Bagi menarik perhatian orang dewasa pula Lego telah menghasilkan minifigures untuk watak Star Wars dan Harry Potter.

LEGO menyedari target pasaran mereka iaitu kanak tidak mencukupi. LEGO juga turut menyedari, kanak-kanak perlukan ibu bapa untuk membawa mereka pergi ke kedai untuk memberi satu set bricks. Namun jika tiada apa-apa yang menarik bagi golongan ibu bapa, kemungkinan untuk mereka tidak pergi ataupun hanya pergi sekali sangat tinggi. Jadi minifigures menjadi penyelesaian untuk sama-sama menarik golongan ibu bapa dan dewasa membeli produk daripada LEGO.

Selain itu LEGO juga telah membuka taman temanya yang pertama di Billund pada tahun 1968. Di dalam taman teman tersebut pelbagai jenis bangunan dan kebudayaan ikonik telah dibina berasaskan bricks. Hal ini dapat dilihat melalui LEGOLAND yang wujud di Iskandar Puteri dengan KLCC dan Stadium Larkin dibina menggunakan bricks.

Memasuki era millennium, LEGO buat perkara yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh syarikat permainan kanak-kanak iaitu memasuki industri filem. Lego telah diberikan kebenaran untuk mengadaptasi watak daripada Marvel, DC, Star Wars dan Harry Potter dalam bentuk bricks untuk difilemkan.

Keberanian LEGO memasuki industri filem ternyata memberikan hasil yang setimpal apabila mendapat sambutan menggalakkan. Malah minifigures daripada filem-filem tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Secara tidak langsung, target pasaran LEGO semakin besar dan mereka tidak lagi bergantung kepada satu golongan sahaja. Perkara ini boleh dilihat sehingga tahun 2018, LEGO berjaya menjual permainannya sebanyak 75 bilion unit di 140 negara.

Kesimpulannya, kejayaan LEGO ini membuktikan bahawasanya idea yang mudah dan ringkas mampu memberi pulangan besar dan mengubah dunia. Mungkin ramai daripada kita gemarkan idea yang di luar kotak sebagai permulaan perniagaan. Tapi cuba lihat sekelilit apa yang mudah dan tidak diambil peduli oleh orang lain. Ketika itulah, boleh gunakan idea itu untuk ubah dunia.

RUJUKAN:

Augustyn, A. (n.d). Lego. Britannica. Dipetik daripada https://www.britannica.com/topic/LEGO

Companies History. (n.d). Lego history, profile and history video. Dipetik daripada https://www.companieshistory.com/lego/

Rosenberg, J. (2021, Januari 17). The history of Lego. ThoughtCo. Dipetik daripada https://www.thoughtco.com/lego-toy-bricks-first-introduced-1779349

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.