fbpx

Lelaki Ini Kongsikan Cara Langsai PTPTN Dengan ASB

0 1,591

Tulisan ini adalah berdasarkan andaian purata pulangan ASB 7%.

Ini adalah cara menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Dengan cara ini kita mampu menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun bersamaan 60 bulan.

Advertisement

  1. Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
  2. Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
  3. Bayar mengikut jadual atau lebih.
  4. Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.

Contoh:
Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)
Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.

  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 (Baki akhir boleh disemak di laman rasmi PTPTN)
  2. Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
  4. Andaian dividen ASB 7% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).
ptptm

Artikel ini ditulis oleh Kewangan Graduan

Bacaan berkaitan: Patut Ke Saya Buat Pelaburan ASBF?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.