fbpx

Lima Jenis Perniagaan Boleh Hidup Dalam Krisis Ekonomi

0 89

Krisis ekonomi selalunya berbunyi malang. Naratif sentiasa dimainkan semasa krisis semestinya berkaitan pembuangan kerja dan pengecilan industri.

Namun sementara ramai bergelinangan air mata, masih ada golongan yang tersenyum meskipun tidak lebar.

Advertisement

Berikut merupakan beberapa jenis perniagaan yang dikhabarkan berdaya saing semasa negara mengharungi krisis.

 

1. Akauntan

Kewajiban cukai masih perlu dilunaskan walaupun negara menghadapi krisis. Malah ketika krisis juga, kerajaan akan menawarkan pakej rangsangan yang melibatkan pelepasan cukai.

Hanya akauntan yang berpengetahuan dalam hal ini untuk manfaat masyarakat dan industri. Jadi untuk membayar cukai (dan elak cukai melalui pelepasan), akauntan amat diperlukan.

 

2. Bengkel

Bukan semua orang perlu kereta baru. Walaupun menikmati pelepasan cukai, hanya golongan yang perlu kereta sahaja akan membeli kereta baru. Jadi ramai akan menggunakan kereta sedia ada.

Sesiapa yang memiliki kereta di luar perlindungan waranti tentu sekali akan memilih bengkel luar bagi menjalankan penyelenggaraan. Kereta-kereta lama juga perlu dibaiki.

 

3. Kedai Diskaun

Mana-mana kedai menawarkan diskaun tentu sekali akan menarik perhatian pengguna yang ingin berjimat cermat.

Menurut Indeks Lipstick, barangan kosmetik masih diperlukan meskipun negara menghadapi krisis kerana “kemewahan” ini masih diperlukan.

 

4. Kedai Runcit

Semasa menghadapi krisis, banyak isi rumah lebih cenderung untuk masak di rumah. Kedai-kedai runcit daripada pasaraya ke peniaga kecil-kecilan bersaing untuk pasaran ini.

Malah penutupan restoran kerana Covid-19 menyebabkan orang ramai beli barangan di kedai runcit untuk memasak sendiri (terutamanya semasa pembelian panik).

 

5. Penasihat Kewangan

Golongan pelabur sentiasa menunggu peluang untuk mencari pendapatan. Negara-negara menghadapi krisis secara sementara.

Maka penasihat-penasihat kewangan amat diperlukan untuk memberi tunjuk ajar berkaitan arah aliran pemulihan ekonomi.

Malah untuk menarik pelabur, kerajaan kadangkala menawarkan insentif menarik yang hanya penasihat kewangan lebih mengetahui.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.