fbpx

Limit Up Dalam Pasaran Saham

0 386

Semenjak pasaran saham dibanjiri pelabur runcit, Bursa telah beberapa kali mencatatkan volume tertinggi didagangkan dalam tempoh sehari pada tahun ini. Sering kali kita lihat saham sektor kesihatan mengalami limit up.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan limit up?

Advertisement

Bursa Malaysia telah menetapkan julat bagi pergerakan harga saham bagi tempoh satu hari dagangan bagi mengawal pergerakan harga. Had tertinggi (atas) dan had terendah (bawah) telah ditetapkan berdasarkan harga tutup hari sebelumnya.

 

Dalam satu hari dagangan, harga saham tidak boleh bergerak melebihi had atas dan lebih rendah dari had bawah. Jika harga saham bergerak sehingga had atas ia dipanggil sebagai limit up.

 

Berapa had atas dan had bawah?

Ada dua kategori had atas dan had bawah, iaitu bagi saham berharga atas RM1 dan di bawah RM1. Bagi saham berharga RM1 dan ke atas, had atasnya adalah sebanyak +30% daripada harga tutup hari sebelumnya dan had bawah adalah -15%.

 

Bagi saham yang bawah RM1 pula, had atasnya adalah +30 sen daripada harga tutup hari sebelumnya dan had bawah adalah -15 sen. Kadar had ini baru sahaja disemak semula oleh Suruhanjaya Sekuriti pada Julai lalu.

 

Baca juga: 6 Fakta Circuit Breaker Saham Yang Perlu Anda Tahu

 

Apa jadi sekiranya saham mencecah had atas atau bawah?

Jika harga saham dibuka pada RM1 contohnya, had atasnya adalah RM1.30. Ini bermakna harga tertinggi saham tersebut didagangkan pada hari tersebut adalah pada paras RM1.30 sahaja. Pelabur tidak boleh membuat pesanan untuk membeli atau menjual saham tersebut melebihi RM1.30 pada hari tersebut.

 

Andainya harga saham naik sehingga RM1.30, ia tidak akan boleh naik lebih tinggi lagi pada hari tersebut, harga boleh kekal pada paras tersebut atau jatuh semula sahaja.

 

Begitu juga bagi had bawah.

Apabila saham telah mencapai had atas, tiada pesanan jualan lebih tinggi dibenarkan pada hari tersebut

Apabila saham mencapai had atas, ini bermakna permintaan bagi saham tersebut adalah tinggi, jika momentum berjaya diteruskan, saham tersebut boleh terus meningkat pada hari seterusnya malah boleh limit up juga pada hari seterusnya.

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.