fbpx

Lotte: Kisah Pembuat Gula-Gula Getah Menjadi Konglomerat Gergasi

0 782

Ketika Perang Dunia Kedua sedang hangat berlangsung, seorang pemuda bernama Shin Kyuk-ho daripada Korea Selatan telah berhijrah ke Jepun untuk seorang novelis.

Namun lain pula jadinya apabila penghijrahan beliau telah membuka lembaran kepada penubuhan Lotte yang menjadi salah satu chaebol di Korea.

Advertisement

Hari ini Lotte memiliki restoran makanan segera, hotel, taman tema dan kilangnya sendiri. Jadi bagaimana Lotte boleh tertubuh daripada impian anda muda yang mahu menjadi novelis?

Shin Kyuk-ho
Kredit: Nikkei Asia

Semuanya bermula dengan Shin Kyuk-ho yang telah berpindah ke Jepun melihat tentera Amerika Syarikat memberikan gula-gula getah kepada anak kecil.

Situasi itu membuatkan Shin terinspirasi untuk membentuk sebuah syarikat gula-gula getah bagi pasaran Jepun. Buat pengetahuan semua, Korea adalah sebahagian daripada Empayar Imperial Jepun sehingga tahun 1945.

Syarikat itu telah digagaskan oleh Shin pada tahun 1948 dengan menghasilkan gula-gula getah berjenama Cowboy dan Mable Gum.

Cowboy Mable Gum
Kredit: SCMP

Apa yang menariknya, nama syariakt diambil bersempena nama heroin dalam novel The Sorrows of Young Werther iaitu Charlotte.

Lotte terus berkembang menjadi sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis makanan selain gula-gula getah seperti coklat. Malah, syarikat itu juga sudah mula menaja beberapa program televisyen dan pasukan besbol Jepun iaitu Lotte Orions.

Kejayaan Shin melalui Lotte adalah sangat dahsyat kerana Jepun merupakan sebuah negara yang begitu mementingkan produk anak tempatan. Mungkin Lotte berjaya memecahkan monopoli Buy Japanese First (BJF) ketika itu.

Seusai sahaja Perang Korea tamat, apa yang dinantikan oleh Shin menjelma apabila mula kembali ke negara asalnya bersama Lotte. Produk pertama yang dijual di Korea Selatan adalah sama sahaja iaitu gula-gula getah tetapi ditambah dengan beberapa produk lain.

Lotte tidak memandang ke belakang lagi apabila Lotte mula mengorak menjadi antara chaebol yang mendominasi ekonomi Korea Selatan.

Baca juga Kenapa Chaebol Jadi Terlalu Berkuasa Di Korea?

Situasi ini dibantu lagi oleh pemerintah Korea Selatan yang mahukan negara itu segera bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan bagi meredakan ancaman Korea Utara.

Jadi pemerintah Korea Selatan telah menjadikan Lotte sebagai antara pilihan utama untuk membekal alatan ketenteraan.

Namun, Shin menolak tawaran itu lantas membuatkan hubungan dengan pihak pemerintah semakin dingin.

Menjelang era 70an, Lotte mula fokus pengembangkan cawangannya ke luar negara dengan membuka kilang di Michigan dan pejabat jualan di Chicago.

Di Asia pula, Lotte telah menempatkan anak syarikatnya di Thailand dan Indonesia. Memasuki era 90an, Lotte mula memasuki pasaran China, Filipina dan Vietnam.

Pepero
Kredit: Amazon

Selepas itu Lotte telah mengasaskan produk yang nantinya menjadi terkenal di seluruh dunia iaitu Pepero. Pepero merupakan makanan ringan berbentuk stick yang dicelupkan dengan coklat.

Walau bagaimanapun terdapat bantahan daripada Jepun apabila Lotte dikatakan telah menciplak produk keluara Pocky.

Melalui Pepero, Lotte berjaya mendapatkan keuntungan maksima sehingga terdapat satu hari telah dinobatkan sebagai hari Pepero. Buat pengetahuan semua, hari Pepero pada setiap 11 November di Korea Selatan disambut seperti hari Valentine.

Ketika itu setiap anak muda Korea berbaris untuk mendapatkan Pepero lalu menikmatinya bersama rakan-rakan.

Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu mengapa hari Pepero disambut pada setiap 11 November, mungkin juga kerana bentuk Pepero menyerupai nombor 11.

Apa-apapun, Pepero mampu mendapatkan keuntungan yang banyak pada setiap 11 November apabila angka jualan mereka meningkat sebanyak 50 peratus.

Kejayaan besar yang lain adalah Lotte berjaya membuat sesuatu begitu signifikan dalam penghasilan gula-gula getah.

xylitol lotte
Kredit: Lotte

Lotte telah menghasilkan pengganti gula yang disebut sebagai xylitol. Asas itu telah dibawa oleh Lotte untuk menghasilkan gula-gula getah yang sihat serta tidak merosakkan gigi.

Selepas itu, Lotte semakin berkembang dengan penubuhan restoran makanan segera dan hotel antaranya.

Malahan Lotte juga sudah mula menceburi bidang pembuatan bahan kimia apabila berjaya memiliki saham syarikat Honam Petrochemical.

Pada tahun 2012, namanya telah ditukar kepada Lotte Chemical dan telah melebarkan sayapkan ke luar negara.

Pencapaian kebanyakkan chaebol Korea memang mengkagumkan kerana mereka hanya bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual barangan komoditi sahaja.

Baca juga Bagaimana Korea Selatan Bangkit Menjadi Harimau Ekonomi Asia

Berkat bantuan pemerintah juga mereka mampu menjadi syarikat besar lantas membantu Korea menjadi harimau ekonomi Asia.

Source Doyle, J. (2020, April 11). The story of Lotte: how a chewing gum maker in Japan became one of South Korea’s largest conglomerates. South China Morning Post.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.