fbpx

Louis Vuitton: Sejarah Penubuhan Jenama Louis Vuitton

0 270

Apabila bercakap tentang Louis Vuitton atau lebih dikenali sebagai LV, pastinya kita mengetahui jenama tersebut mengeluarkan barangan yang mewah. Bukan itu sahaja, LV ini juga menjadi buruan golongan elitis untuk memakai produk daripada jenama tersebut. Ditambah pula dengan logonya yang kelihatan eksklusif dan premium, tidak hairanlah LV menjadi antara jenama popular di dunia.

Tidak keterlaluan juga mereka yang berada dalam kelas ekonomi lebih rendah juga bercita-cita untuk memakai LV agar kelihatan lebih setaraf dengan golongan elitis. Persoalannya sekarang macam mana jenama ini boleh mengeluarkan produk mewah dan menjadi pilihan elitis?

Advertisement

Semuanya bermula apabila seorang budak kecil bernama Louis Vuitton Malletier telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya bagi mencari pekerjaan di Kota Paris. Hal ini demikian kerana budak kecil itu telah kehilangan segalanya dan bertekad memulakan hidup baru di Paris. Dengan ketiadaan apa-apa dan dikenali sebagai seorang miskin tegar, dia tetap tekad untuk mencuba nasib di kota besar berbanding terduduk sepi di kampung sendiri.

Namun, penghijrahan tersebut tidak mudah kerana dia terpaksa berjalan dari kampung halamannya ke Paris akibat ketiadaan wang yang mencukupi. Maka dia perlukan masa selama dua tahun untuk benar-benar berjalan kaki ke Paris dengan begitu banyak persinggahan. Sampai sahaja di Paris, dia telah melakukan begitu banyak pekerjaan untuk menampung hidup tetapi hampir kesemua gagal. Sinar harapan kembali terang apabila dia mula selesa bekerja di bengkel tekstil dan bertahan bertahun-tahun di sana.

Berkat usaha, pengalaman dan modal yang dikumpul, dia berjaya membuka bengkel tekstilnya tersendiri. Bermula sejak itu, dia berjaya menarik perhatian permaisuri Napoleon III iaitu Eugenie de Montijo untuk mendapatkan khidmatnya menghasilkan bagasi.

Oleh kerana bagasi tersebut seringkali dipakai oleh permaisuri Perancis, akhirnya tanpa disangka-sangka produk daripada Louis Vuitton mula dipakai oleh golongan elitis Perancis.

Walau bagaimanapun, perkara buruk mula terjadi apabila segala reka bentuk LV mula ditiru oleh pesaing-pesaing utama untuk melariskan produk mereka. Bagi mengatasi masalah ini, LV telah menukar sedikit identitinya dengan mengunakan rona kuning cair dan coklat untuk diapatasi dalam setiap produk. Langkah itu berjaya tetapi malang lain pula menimpa dengan tercetusnya perang Franco-Prusia yang mengakibatkan LV terus bungkus.

LV tidak berputus asa dan berjaya membuka kembali bengkel baru untuk mengembangkan produk daripada syarikat tersebut. Tidak lama kemudian, LV berjaya membuka cawangan luar negara yang pertama di London dan semakin berkembang sehingga menuju ke Amerika Syarikat.

Selepas itu semuanya sudah menjadi sejarah dan LV muncul sebagai jenama barangan mewah paling popular di dunia. LV juga sudah mula mempelbagaikan produk mereka dengan menawarkan kasut, baju dan jam tangan yang sangat premium. Tidak hairanlah setakat hari ini, nilai jenama LV sudah mencapai angka sekitar $47.3 juta.

Kesimpulannya, usaha yang berterusan diperlukan untuk membangunkan perniagaan. Seperti LV, pada asalnya dibangunkan oleh budak miskin sahaja dan hari ini berjaya menjadi jenama mewah pilihan ramai.

RUJUKAN:

Luxury Vintage. (2020, Julai 10). History of the brand: Louis Vuitton. Dipetik daripada https://etoile-luxuryvintage.com/blogs/news/history-of-the-brand-louis-vuitton

Profil Orang Sukses. (2021, Ogos 11). Kisah Louis Vuitton, gembel pengembara yang sukses bangun brand fashion elit. Dipetik daripada https://kumparan.com/profil-orang-sukses/kisah-louis-vuitton-gembel-pengembara-yang-sukses-bangun-brand-fashion-elit-1wJInQZ2P8s/full

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.