fbpx

Louisiana Hampir Lumpuh Digempur Taufan Laura

0 230

Amerika Syarikat mempunyai beberapa negeri yang sentiasa terdedah dengan risiko taufan. Louisiana terletak di Teluk Mexico antaranya merupakan salah satu negeri yang sangat mesra dengan perniagaan kecil-kecilan (Maciag, 2017).

 

Jenama seperti Tabasco berasal dari sini. Namun ekonomi negeri turut disokong sektor pertanian, yang terdiri daripada tanaman soya, tebu, tenusu, ternakan dan sebagainya.

 

Advertisement

Semua ini diancam sebuah taufan yang menimpa Louisiana pada 27 Ogos 2020. Dengan purata angin 240 km/j, tiada apa yang terlepas. Bangunan dibina dengan bata pun dirosakkan juga, apatah lagi binaan berkaca.

Tiang-tiang telekomunikasi dicabut dan tercampak begitu jauh. Manakala lebih 404,000 orang terputus bekalan elektrik angkara laluan taufan Kategori Empat ini.

 

Seperti biasa taufan tidak datang dengan hanya angin kencang yang bunyinya menakutkan.

 

Pihak penyelamat juga bergelut di beberapa kawasan yang dinaiki air (BBC, 2020). Tidak cukup dengan itu, asap tebal berkepulan di sebuah kilang petrokimia.

 

Bencana ini mengancam populasi miskin yang menetap berhampiran dengan kawasan perindustrian.

 

Di Leesville, seorang gadis 14 tahun merupakan angka korban pertama buat Amerika Syarikat. Sebatang pokok menghempap rumah yang didiami remaja tersebut.

 

Dijangka 1.1 juta rumah di Louisiana (dan Texas) telah dirosakkan Taufan Laura, dengan anggaran kasar kerugian sebanyak AS$265 bilion (Richardson, 2020).

 

Walaupun menjejaskan, bencana bermusim mewajibkan langganan insurans yang memberikan manfaat ekonomi.

 

Bagi keselamatan sendiri, semua orang mesti melanggan pakej insurans yang memberikan pampasan kerosakan akibat alam semulajadi. Jarang sekali sebuah taufan merosakkan seluruh negeri.

 

Jadi syarikat-syarikat insurans masih boleh menjalankan perniagaan, meskipun setiap tahun perlu mengeluarkan jumlah pampasan besar.

Source BBC. (2020, Ogos 28). Hurricane Laura causes severe damage and floods as it batters Louisiana. Maciag, M. (2017, Mei 25). The Most Small Business-Friendly States, Metro Areas. Governing. Richardson, B. (2020, Ogos 27). Hurricane Laura Threatens 1.1 Million Homes with Storm Surge Damage. Forbes.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.