fbpx

Luxottica – Monopoli Yang Ramai Tidak Tahu

0 481

Dalam dunia ekonomi, status perusahaan membahagikan perniagaan kepada tiga jenis: (1) industri kecil dan sederhana, (2) gergasi dan (3) monopoli.

 

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang sebuah monopoli global bernama Luxottica. Diasaskan pada tahun 1961 di Agordo, Itali, Luxottica mempunyai persepsi mudah.

Advertisement

Bunyi jenamanya, serta asal-usul, menggambarkan sebuah syarikat kereta. Namun hakikatnya tidak – Luxottica Group S.p.A. ialah sebuah monopoli cermin mata.

 

Dengan perolehan €8.929 bilion bagi tahun 2018, mengukuhkan kuasa pasarannya €57 bilion, Luxottica mengeluarkan kebanyakan bingkai cermin mata yang dijual di gergasi seperti Burberry, Chanel, Dolce & Gabbana dan sebagainya.

Malah ia juga menguasai Ray-Ban dan Vogue Eyewear (Swanson, 2014). Google Glass yang dibangunkan Google X bagi kejayaan kenderaan tanpa pemandu pun dibikin Luxottica.

 

Malah pengasas monopoli ini sendiri melepas kata sesuka hati, bahawa beliau malu jika pakai Google Glass (Winkler & Mesco, 2014).

Kewujudan Luxottica juga telah mengundang bebanan terhadap pengguna. Sebuah cermin mata yang dibuat daripada plastik, kaca dan besi sepatutnya mempunyai kos AS$20-AS$25 tetapi dijual pada harga AS$300 (Rodriguez, 2015).

 

Luxottica masih berakr umbi pada hari ini sebagai simbol status kedarjatan, yang mengetepikan semua pesaing-pesaing kecil dan tempatan. Antara 2004 hingga 2014, sekurang-kurangnya 500 juta orang di dunia menggunakan cermin mata buatan Luxottica.

Source Rodriguez, R. M. (2019, Februari 27). Luxottica’s monopoly disadvantages consumers. PHS News. Swanson, A. (2014, September 10). Meet the four-eyed, eight-tentacled monopoly that is making your glasses so expensive. Forbes. Winkler, R., & Mesco, M. (2014, September 3). Founder of Luxottica, Key Google partner, says ‘embarrassed’ by glass. The Wall Street Journal.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.