
Macam Mana Adobe Berkembang Dari Garaj Kepada Gergasi?
Sebut sahaja tentang Adobe, pasti kita semua akan terbayang photoshop dan juga premiere pro. Kedua-dua aplikasi ini menjadi elemen penting bagi content creator hari ini bahkan pekerjaan yang dicipta daripada dua aplikasi tersebut memberikan pendapatan agak lumayan.
Bukan itu sahaja, kehadiran PDF amat memudahkan kita semua untuk mencetak sebarang dokumen dalam bentuk kertas. Persoalannya sekarang, macam Adobe ini bermula dan berkembang?
Advertisement
Semuanya bermula apabila dua sahabat iaitu John Warnock dan Charles Geschke beriltizam untuk menubuhkan Adobe pada 1982. Hal ini terjadi setelah mereka berdua berhenti bekerja di Xerox apabila cetusan dia mereka berkaitan percetakan tidak diterima oleh syarikat tersebut.
Oleh sebab itu, mereka perlu bermula kembali dari bawah dengan menjadikan garaj rumah John Warnock sebagai ibu pejabat untuk membangunkan PostScript yang merupakan teknologi percetakan terbaru. Usaha itu ternyata berhasil dan mereka mula merayau-rayau di Lembah Silikon bagi mencari pelabur yang mahu melabur dalam Adobe.
Di sana, mereka berjumpa dengan pengasas Apple iaitu Steve Jobs lantas mempersembahkan produk syarikat mereka. Steve Jobs yang berasa tertarik dengan teknologi percetakan Adobe terus mengambil keputusan untuk mengambilalih sepenuh syarikat tersebut.
Walau bagaimanapun, John Warnock dan Charles Geschke belum bersedia menjual Adobe dan hanya membenarkan Steve Jobs membeli saham dalam syarikat tersebut. Maka Steve Jobs memperuntukkan $2.5 juta untuk membeli saham Adobe. Beberapa ketika selepas itu, Steve Jobs membeli lesen perisian Adobe untuk kegunaan printer Apple.
Perkara ini secara tidak langsung menjadi Adobe sebagai syarikat pertama di Lembah Silikon yang mendapat profit pada tahun pertama penubuhannya. Jadi Adobe dapat gunakan wang tersebut untuk membaiki sistem perisian percetakan mereka. Hasilnya Adobe berjaya menghasilkan revolusi di mana teknologi percetakan berjaya dimiliki oleh kebanyakan. Sebelum ini hanya syarikat publishing gergasi sahaja yang mampu miliki teknologi percetakan kerana kos menggunakannya agak mahal.
Setelah itu, Adobe sekali lagi melakukan revolusi pada awal era 1990-an dengan memperkenalkan photoshop. Kehadiran photoshop semakin memudahkan kerja pereka grafik untuk membuat poster ataupun mengedit gambar. Sebelum ini pereka grafik perlu melakukan semua itu secara manual yang agak renyah dan memakan banyak masak.
Tak habis di situ, Adobe terus berevolusi dengan kehadiran PDF. Senang cerita PDF berfungsi untuk memudahkan kita semua mencetak sebarang dokumen menggunakan teknologi digital. Sehingga ke hari ini PDF masih lagi wujud dan menjadi pilihan terbaik untuk mendapatkan cetakan yang lebih elok.
Namun, disebalik segala kejayaan Adobe dan perisiannya, terdapat masalah yang membelenggu syarikat itu. Antaranya adalah kita perlu membayar sejumlah wang yang agak tinggi untuk memiliki segala perisian daripada Adobe. Maka ramai menjangkakan Adobe akan merudum dan berpotensi hilang dari pasaran.
Apa-apapun Adobe dengan pantas mengubah model perniagaan mereka dengan mula fokus kepada teknologi awan dan langganan. Perubahan tersebut bikin Adobe semakin pesat dan kembali menambat hati pengguna. Hari ini Adobe bukan sekadar photoshop dan premiere pro, bahkan banyak perisian baru yang sangat membantu seperti Lightroom.
RUJUKAN:
ColdFusion. (2020, Oktober 7). Adobe Inc. – From a garage to an empire. [Fail video]. Dipetik daripada https://www.youtube.com/watch?v=KWWg63ZwjQA