fbpx

Macam Mana Amazon Go Berfungsi?

0 122

Cuba fikir sejenak. Alangkah senang kalau ada sebuah pasar raya yang sekadar ambil barang tanpa perlu bayar. Bunyi macam terlalu utopia. Tetapi itulah konsep Amazon Go yang semakin mengaum garang pada hari ini.

Pihak Amazon sudah berjaya membina sebuah empayar maya yang digeruni ramai. Sekarang Amazon sedang cuba mengubah dunia, dengan menggabungkan alam peruncitan dengan dunia automasi.

Advertisement

Dan Amazon dilaporkan mempunyai perancangan teliti untuk membuka lebih daripada 2,000 kedai Amazon Go dalam masa 10 tahun (Kim, 2016). Cuma buat masa sekarang, pihak Amazon masih dalam proses penyelidikan untuk mendapatkan satu proses yang mantap (Rubin, 2016).

Berbalik ke konsep Amazon Go. Daripada nama saja, semua boleh nampak yang kedai ini hanya untuk pergi dan ambil barang. Pihak Amazon berjaya memangkinkan banyak teknologi semata-mata untuk projek ini.

Contohnya, Amazon Go mempunyai sebuah komputer yang berpenglihatan sendiri. Komputer ini lengkap dengan algoritma yang mengkaji video dan gambar diambil untuk faham. Algoritma ini disokong pula dengan teknologi persempadanan maya, iaitu seakan-akan macam “pagar”. Barangan yang keluar daripada pagar dianggap sudah dijual.

Teknologi ini cukup memudahkan kerja. Katakanlah pengurusan Amazon Go menyediakan 1,000 bungkusan biskut Oreo.

Keesokannya, 953 bungkusan keluar daripada pagar ini. Komputer Amazon Go akan menghantar maklumat kepada pembekal untuk segera “restock” barangan. Kerana kedai tersebut hanya tinggal 47 bungkusan sahaja.

Sini jelas: Amazon Go bukan setakat membantu pelanggan. Ia juga membantu pembekal, yang tidak lagi perlu runsing di hadapan skrin komputer atau telefon. Hanya notifikasi telefon pintar sahaja.

Sekarang semua mesti tertanya-tanya: tak perlu bayarkah? Perlu bayar. Cuma bukan dalam bentuk tunai. Amazon Go menyediakan sebuah aplikasi pintar yang boleh dimuat turun dalam sistem Android dan iOS.

Pengguna wajib berdaftar akaun dalam aplikasi ini yang akan menyediakan sebuah dompet elektronik. Kamera dalam kedai akan mengikuti pergerakan pengguna (mungkin melalui aplikasi Amazon Go juga).

Katakanlah pengguna berhenti di depan rak Oreo tadi. Kalau ambil sebungkus, maka komputer akan tahu siapa yang ambil dan berapa unit diambil. Kerana rak Oreo itu sudah ada “alat penimbang” yang serba tahu berdasarkan berat. Kalau letak balik, komputer akan buang unit Oreo dalam troli maya Amazon Go.

Untuk bayar, ada dua cara… sama ada secara automatik ataupun QR juga. Tertakluk pada kedai. Amazon juga sedar bahawa kedai mereka mesti dikunjungi golongan pelajar universiti yang masih dibawah jagaan ibu bapa.

Para pelajar ini boleh berdaftar akaun perkongsian dengan ibu bapa mereka. Bermakna satu akaun Amazon Go ada banyak nama. Pemilik akaun boleh tengok kadar perbelanjaan masing-masing, satu jendela yang begitu memudahkan (Valdes & Pisani, 2018).

Orang ramai mungkin kelihatan agak risau dengan konsep ini. Mana tidaknya – tiada juruwang. Apabila tiada juruwang, ada risiko kehilangan kerja.

 Ini yang orang ramai bimbang. Tetapi semua kena faham – teknologi ini masih dalam proses perintis dan pemangkin. Ia akan menjadi sebahagian daripada cara hidup manusia dalam masa 20 hingga 30 tahun… secara menyeluruh.

Bermakna masalah “risiko kehilangan kerja” ditanggung dua generasi lagi. Untuk faham impaknya, kena tengok balik dua generasi lalu. Dan semua boleh nampak yang arus revolusi perindustrian sebenarnya tidak melenyapkan peluang pekerjaan.

Sebaliknya, ia menambahkan lagi peluang sedia ada dengan cara lain. Zaman dulu, kilang kasut beroperasi dengan tenaga manual.

Apabila datang teknologi robot, semua bimbang tenaga manual ini hilang kerja (memang mereka hilang kerja pun)… tetapi mereka tidak hilang kerja serta-merta. Dengan erti kata lain, kalian berdepan dengan risiko kehilangan kerja angkara krisis ekonomi… berbanding revolusi perindustrian.

RUJUKAN:

Kim, E. (2016, Oktober 26). Internal Amazon documents reveal a vision of up to 2,000 grocery stores across the US. Business Insider.

Rubin, B.F. (2016, Disember 7). Amazon: No, we’re not opening 2,000 stores. CNET.

Valdes, M., & Pisani, J. (2018, Januari 23). Get your stuff and go: Amazon opens store with no cashiers. AP News.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.