
Macam Mana Majalah Playboy Bangkit Bertakhta?
Teringat babak Tony Stark tepuk bahu Stan Lee cakap, “(you) look great, Hef”. Bagi yang tidak tahu, nama Hef merujuk pada Hugh Hefner yang mengasaskan syarikat penerbitan Playboy.
Kalau ikut pendapat orang, majalah Playboy mengandungi gambar-gambar wanita tidak berpakaian.
Advertisement
Tetapi sumber yang tidak dapat disahkan pula berkata banyak artikel-artikel informatif diselit bersama gambar-gambar tersebut. Saya tidak tahulah. Sebab tidak pernah baca majalah ini (jujur weh, aku taktau).
Syarikat ini bermula secara marhaen. Tiada dana besar daripada pelabur agung. Hugh Hefner mendapat idea sekitar tahun 1953. Dan beliau buat majalah sendiri berjenama Stag Party.

Dengan bantuan dana AS$8,000 daripada ibu dan abangnya, Hefner mengorak langkah yang tiba-tiba terselit jatuh selepas mendapat notis saman tergantung daripada pihak Stag.
Kalau Hefner terbit guna jenama Stag Party, pihak Stag akan meneruskan saman. Jadi Hefner cari nama lain. Fikir punya fikir, dapatlah jenama Playboy (Watts, 2009).
Edisi pertama Playboy menunggang arus populariti Marilyn Monroe. Hefner meletakkan gambar Marilyn sedang berlambaian pada kulit majalah.
Dan kulit majalah ini menjadi teaser: “ada gambar Marilyn sedang bogel dalam kandungan majalah”. Gambar “full color” pula.

Apa lagi. Orang pakat serbu membeli. Lelaki membeli untuk tujuan kajian saintifik. Perempuan pula membeli untuk tujuan kajian komersial. Sampai 53,991 majalah terjual.
Dapatlah dalam AS$27,000, balik modal dan jana untung untuk melicinkan keluaran kedua.
Kepelbagaian Kandungan Playboy
Hugh Hefner seolah-olah dapat menghidu keinginan “syahwat mata” rakyat Amerika Syarikat.
Beliau tahu yang satu hari majalah Playboy sudah tiada thrill lagi. Kerana semua orang punya gambar didedahkan habis.
Jadi beliau mula mempelbagaikan kandungan dalma majalah, seperti menerbitkan fiksyen pasca-apokalips Ray Bradbury yang akhirnya dibukukan dengan tajuk Fahrenheit 451.
Isu-isu semasa juga dipetik menjadi sumber utama kandungan majalah, diselitkan dengan gambar-gambar lucah untuk menarik pembaca baru dan mengekalkan pembaca lama.
Pendekatan ini membuahkan hasil, kerana Playboy berjaya mengekalkan jualan konsisten sepanjang bulan sampai bertahun lamanya. Mati pucuk hidup balik. Pucuk sama bercambah sampai jelik.
Dan tidak lama kemudian, pengaruh Playboy digunakan untuk bersuara tentang aturan politik. Macam-macam hak dibicarakan, seperti hak wanita misalnya dalam kolum “The Playboy Philosophy” (Falsafah Playboy) mungkin untuk mendiamkan sentimen yang Playboy mengaibkan wanita (Batura, 2017).
Selain daripada hak wanita, Playboy dari mula lagi pro-ganja dan bersuara supaya memperbaharui undang-undang berkaitan dadah ini.
Kejatuhan Playboy
Kritikan moral tidak mengapa-apakan Playboy. Orang yang tidak peduli tentang hal moral tetap akan membeli. Setiap pembelian mengukuhkan institusi kewangan syarikat, yang hanya akan meneruskan bekalan selagi mana ada permintaan.
Permintaan terlalu tinggi menggalakkan peserta-peserta baru dalam industri ini. Timbulnya majalah seperti Penthouse, Oui dan Gallery sekitar 1970-an mencalarkan dominasi Playboy.
Buat seketika waktu, ia masih di atas. Walau bagaimanapun, kedatangan sumber pornografi bentuk video betul-betul memandulkan potensi Playboy sampai syarikat tersebut perlu bertukar strategi.
Playboy sedar yang target audience dari dulu adalah lelaki berusia 18 hingga 35 tahun.
Selama 20 tahun, mereka menyajikan cucian mata dan pencemaran minda. Masuk saja 1980-an, mereka terpaksamembawa kandungan baru yang berbentuk personaliti seperti artis hip-hop dalam segmen Playboy Interview.
Di sini semua boleh nampak rahsia sebenar kejayaan Playboy. Sebenarnya antara 1950-an hingga 1980-an, ada kelompangan jelas dari segi “permintaan syahwat”. Kelompangan ini akhirnya diisi dengan bekalan industri iaitu gambar-gambar lucah. Apabila ada “gambar” lebih maju iaitu video, Playboy tidak mampu mengekalkan dominasi biasa.
RUJUKAN:
Batura, A. (2017, September 28). Opinion / How Hugh Hefner Invented the Modern Man. The New York Times.
Watts, S. (2009, Mac 23). Mr Playboy: Hugh Hefner and the American Dream. Wiley. Halaman 64.