fbpx

Macam Mana Nak Berbisnes Gaya Marhaen Seperti Nike?

0 660

Apabila sebut sahaja tentang Nike, tipulah jika anda yang menyatakan mereka tidak mengenali jenama itu. Malah jenama ini sangat gah sehinggakan jika anda mendapat penajaan daripada Nike, boleh dikatakan anda semakin dikenali oleh dunia. Bukan itu sahaja, Nike merupakan jenama alatan sukan terbesar di dunia dengan nilai $40 bilion mengatasi jenama senior seperti Adidas dan Puma.

Perkara ini kita tidak perlu lihat jauh-jauh kerana contoh terdekat sudah menjelma di depan mata. Tahukah anda ketika pelancaran jersi terbaru skuad kebangsaan, ramai suara yang mempersoalkan daya kreativiti Nike. Ramai mendakwa bahawasanya jersi yang dihasilkan bagai melepaskan batuk di tangga.

Advertisement

Maka dari situ ramai yang inginkan syarikat pengeluar jersi tempatan mula menaja skuad kebangsaan. Walau bagaimanapun ada satu masalah yang kita semua sebagai pengkritik alpa. Tajaan Nike terhadap skuad kebangsaan bukan sahaja merangkumi jersi semata-mata bahkan segala kelengkapan yang diperlukan hatta stoking sekalipun. Perkara itu menjadi antara sebab terbesar untuk jenama tempatan menaja skuad kebangsaan sama sebagaimana Warrix menaja Thailand.

Buat pengetahuan anda semua sebelum Nike menjadi gergasi, jenama ini hanya seekor semut kecil sahaja kecil awal kemunculannya. Nak bersaing dengan Adidas dan Puma pun mereka tak mampu. Jadi disebabkan mereka tahu kemampuan mereka, ini adalah perkara yang Nike buat untuk bikin jenama mereka dikenali.

Semuanya bermula apabila Phil Knight kajian tentang kasut sukan Jepun ketika sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana. Tujuan Phil Knight buat kajian tersebut adalah untuk membandingkan sama ada teknologi Jepun setanding dengan teknologi Jerman atau tidak.

Persoalannya sekarang kenapa Phil Knight pilih teknologi Jepun, kan lebih senang kalau dia modifikasikan sahaja teknologi Jerman yang digunapakai oleh Adidas dan Puma.

Jawapannya adalah Jepun sememangnya sebuah negara yang mampu menghasilkan barang berteknologi tinggi. Sebagai contoh, jenama kamera daripada Jepun seperti Sony dan Canon diiktiraf sebagai antara kamera yang miliki resolusi tinggi. Malahan ketika awal kemunculan iPhone yang dikatakan terkenal dengan kualiti kamera lebih kehadapan, telefon pintar berjenama Sony juga memiliki kualiti kamera setaraf.

Sejak dari itu, Phil Knight menyedari bahawasanya untuk mengalahkan teknologi Jerman, dia perlu gunakan teknologi baru yang berkualiti pada harga lebih rendah.

Lepas sahaja tamat pengajian, Phil Knight terus pergi ke Jepun untuk membuat perjanjian bersama syarikat Onitsuka. Jadi Phil Knight mula mengadaptasi teknologi yang terdapat dalam kasut Onitsuka ke dalam kasut Nike.

Apabila kasut berjenama Nike dengan teknologi Jepun telah wujud, Phil Knight menghadapi sedikit masalah untuk memperkenalkan Nike kepada dunia. Ketika itu pula pasaran alatan sukan dikuasai oleh Adidas dan Puma. Malah terdapat begitu ramai ahli sukan yang memakai pakaian sukan daripada dua jenama tersebut. Hal itu tidaklah aneh kerana kedua-dua jenama tersebut seringkali menjadi penaja rasmi bagi kejohanan besar seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Kalau Nike nak bersaing mengikut cara kedua-dua syarikat tersebut memang tak mampu sebab sukar organisasi besar mahu mempercayai syarikat kecil.

Jadi disinilah bermulanya langkah marhaen oleh Nike untuk menjadi lebih dikenali oleh dunia. Apa nak Nike buat adalah memberikan kasut percuma kepada para atlet. Nike memberikan kebebasan kepada para atlet untuk menggunakan kasut tersebut dalam apa-apa kegiatan sukan sekalipun.

Kebetulan juga atlet tersebut berjaya memenangi kejohanan ketika memakai kasut daripada Nike. Hal ini secara tidak langsung memberi publisiti percuma kepada Nike apabila para wartawan bertanya mengenai kasut yang dipakai oleh atlet.

Bermula sejak itu jenama Nike terus naik mendadak sehinggalah mampu menjadi jenama alatan sukan nombor satu di dunia.

Apa yang boleh disimpulkan adalah gunakan segala macam sumber untuk memajukan perniagaan anda. Andai kata anda hanya mampu gunakan facebook ads dan SEO sahaja, manfaatkan kelebihan kedua-duanya untuk buat orang kenal jenama anda. Elakkan daripada beraksi seperti jenama besar kerana kelak nanti perniagaan anda akan binasa.  

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.