fbpx

Macam Mana Nak Jadi Jutawan Tanpa Berniaga?

0 402

Kalau dilihat daripada ranking 10 orang terkaya di dunia, hampir kesemuanya menjalankan perniagaan kecuali Warren Buffet yang lebih fokus kepada pelaburan. Senang cerita kalau nak jadi kaya ataupun jutawan, anda semua kena berniaga. Tapi nak tahu tak, sebenarnya ada sahaja orang yang boleh jadi jutawan tanpa berniaga.

Apa-apapun jangan salah anggap sebab skim piramid MLM dan rasuah bukanlah jawapan kepada menjadi jutawan tanpa berniaga. Dekat sini saya akan memperkenalkan Steve Ballmer yang menjadi tulang belakang Bill Gates di Microsoft.

Advertisement

Steve Ballmer pada awalnya merupakan salah seorang mahasiswa yang cemerlang di Stanford University. Walau bagaimanapun dia telah bertindak untuk drop out daripada universiti bagi menyertai Bill Gates membangunkan Microsoft.

Ibu bapa Setve Ballmer yang tidak bersetuju dengan tindakan itu lantas berang kerana beranggapan tiada sesiapa dalam dunia ini yang cukup gila akan gunakan software dan komputer sepanjang masa. Pada akhirnya ibu bapa Steve Ballmer tetap menerima keputusan itu tapi dengan satu syarat iaitu jika gagal, dia perlu menyambung pengajian kembali.

Ketika di Microsoft, Steve Ballmer bertindak sebagai pembantu kepada Bill Gates dengan gaji asas sebanyak $ 50,000. Nampak macam banyak tapi kena faham ketika itu mereka hanya kerja berdua sahaja. Malah Bill Gates sendiri kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri tapi tak mampu. Jadi dia ambil Steve Ballmer untuk bantu dia kembangkan syarikat. Steve Ballmer juga banyak mengajar Bill Gates tentang pengurusan kerja supaya dapat berjalan dengan lebih lancar. Bermakna Bill Gates perlu menggajikan orang lain untuk menjalankan kerja-kerja yang renyah.

Steve Ballmer tidak mengambil masa yang lama untuk berikan nilai kepada Microsoft apabila berjaya menjadi watak utama kepada rundingan bersama IBM. Pihak IBM telah meminta Steve Ballmer untuk memasukkan software Microsoft di dalam komputer mereka.

Selepas kejayaan tersebut, Steve Ballmer telah ditawarkan beberapa jawatan oleh Bill Gates sehinggalah menjelang tahun 2000. Ketika itu Bill Gates menghadapi pertuduhan di mahkamah dan secara tidak langsung, Steve Ballmer telah dilantik menjadi CEO baru Microsoft.

Potensi Steve Ballmer sebagai CEO Microsoft semakin terserlah dengan ciptaan tiga produk yang mampu bersaing dengan syarikat gergasi lain. Pertama adalah XBOX yang sehingga ke hari ini menjadi satu-satu pesaing kepada PlayStation keluaran Sony. Kedua adalah Bing iaitu satu laman carian yang cuba memecahkan dominasi Google. Ketiga adalah Microsoft Surface yang menjadi pesaing kepada siri tablet Apple dan Samsung.

Bukan itu sahaja di Microsoft, Steve Ballmer mencatatkan keuntungan tertinggi sebanyak $100 bilion dalam tempoh 14 tahun semasa menjadi CEO. Pada tahun 2018, Steve Ballmer menjadi non-founder CEO paling kaya di dunia dengan harta bernilai sebanyak $41 bilion.

Setelah 15 tahun memberikan banyak keuntungan kepada Microsoft, Steve Ballmer telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Namun kekayaannya tetap bertambah kerana dia memegang 4% saham Microsoft.

Kesimpulannya, anda boleh menjadi kaya jika menjadi pendukung kuat sebagaimana Steve Ballmer dan Bill Gates. Jika ada kawan yang perdengarkan idea perniagaan ataupun dalam fasa kejatuhan, sambut tangannya untuk bangkit bersama. Mungkin di masa hadapan, anda akan menjadi individu terpenting disebalik kejayaan syarikat teman anda. Paling menyeronokkan anda boleh menjadi jutawan dengan hanya makan gaji sahaja.

RUJUKAN:

Meija, Z. (2018, Julai 27). How Steve Ballmer went from making $50,000 a year as an assistant at Microsoft to becoming a billionaire. CNBC. Dipetik daripada https://www.cnbc.com/2018/07/27/billionaire-steve-ballmer-started-out-making-only-50000-at-microsoft.html

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.