fbpx

Macam Mana Reddit Buat Duit?

0 232

Semua orang pernah dengar pasal Reddit. Ada yang tengok bola sepak percuma dengan menggunakan pautan Reddit. Permulaan Reddit hampir sama seperti Facebook… buah fikrah anak muda.

Dua pelajar universiti – Alexis Ohanian dan Steve Huffman – bertemu dengan Paul Graham dalam sebuah kuliah di Boston, Massachusetts.

Advertisement

Selepas bersua kenal, mereka berbincang untuk membangunkan sebuah aplikasi pesanan makanan melalui khidmat SMS. Usaha ini gagal. Jadi mereka pun kembali berbincang dan mendapat idea baru.

Dan idea ini menjadi “muka depan Internet” secara berperingkat, dengan gandingan beberapa orang. Hasil gandingan ini, Reddit dilahirkan pada Jun 2005 (Richards, 2012). Reddit kemudian hanyut daripada tangan Ohanian dan Huffman, angkara “sungai korporat”.

Steve Huffman (kiri) dan Alexis Ohanian (kanan).

Steve Huffman (kiri) dan Alexis Ohanian (kanan).

Tetapi Huffman kembali pada tahun 2014, dengan azam untuk melancarkan Reddit dalam Android dan iOS.

Pejam celik, Huffman mengimarahkan banyak perubahan teknologi dengan infrastruktur lebih baik. Dan Reddit hari ini menjadi wadah perbincangan yang katanya jauh lebih bebas bersuara untuk dibandingkan dengan Facebook.

Cuma persoalannya, macam mana Reddit buat duit? Jawapan mudah: iklan dan eksklusiviti.

Pertama sekali, Reddit menyediakan ruangan untuk beriklan. Semua pengguna dibenarkan beriklan, selagi mana kandungan dalam iklan itu tidak melanggar sebarang peraturan.

Semua boleh fikir sendiri: tiada syarikat sosial mahu bersangkut paut dengan iklan aktiviti melibatkan kanak-kanak. Reddit mempunyai algoritma penapisan yang memastikan kandungan sebegini tidak dimuat naikkan terutama sekali secara beriklan.

Contoh iklan di Reddit.

Kutipan iklan memang menguntungkan. Reddit mendapat sekitar AS$350 juta bagi tahun 2021, dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Jumlah ini tidak banyak pun sebenarnya.

Jumlah pengguna aktif Reddit lebih kurang sama dengan Pinterest, yang berjaya mendapat AS$1.1 bilion antara Januari hingga Julai 2021.

Puncanya terletak pada Reddit sendiri. Pinterest mempunyai kandungan jauh lebih profesional, sekali gus menarik perhatian golongan sepatutnya. Manakala Reddit pula bergelumangan dengan hantaran yang katanya entah apa-apa (AdExchanger, 2021).

Kandungan Reddit sentiasa menarik perhatian orang ramai secara negatif. (Harris, et al., 2017) siap membuat kuliah pasal impak suasana bertoksik dalam komuniti Reddit. Benda ini memang susah untuk dibasmi, kerana Reddit bergantung pada moderator bukan pekerja (Ohlheiser, 2016).

Namun, ada satu lagi sebab kenapa Reddit membuat kutipan lebih rendah. Memang bukan sebab komuniti bertoksik semata-mata. Seperti yang diberitahu, Reddit menawarkan haluan eksklusif kepada pengguna berbayar (Witman, 2020).

Darjat kayangan Reddit. Sampai disuruh ‘balik rumah’.

Dengan hanya AS$5.99/bulan atau AS$49.99/tahun (diskaun 30 peratus), Reddit menyediakan pengalaman bebas iklan buat pengguna yang sudi membayar.

Haluan ini boleh dikatakan menutup pintu keuntungan sebenarnya. Reddit mempunyai 330 juta pengguna bulanan yang aktif. Kalau semua melanggan setahun sekalipun, Reddit hanya mengutip AS$16.496 bilion setahun.

Sementara itu Facebook mendapat AS$28.5 bilion antara Januari hingga Julai 2021 hanya daripada iklan sahaja.

Dan semua tahu yang takkan mungkin semua pengguna Reddit melanggan. Dan ini bukan punca COVID-19 pun. Pada tahun 2019, purata pendapatan Reddit hanya AS$0.30 daripada setiap pengguna… sementara Twitter dan Facebook masing-masing mendapat AS$9.48 dan AS$7.37 (Feiner, 2019).

Mungkin Reddit sengaja menggunakan kaedah ini. Tetapi dalam dunia yang media sosial bertanding dengan pungutan berbilion, Reddit benar-benar ketinggalan di belakang. TikTok yang baru naik pun boleh dapat $34.3 bilion untuk tahun 2020, dengan hanya 65.9 juta pengguna.

RUJUKAN:

AdExchanger. (2021, September 16). Reddit could rake in $350M in Ad Revenue; IDG communications acquires kickfire.

Feiner, L. (2019, Februari 11). Reddit users are the least valuable of any social network. CNBC.

Harris, M., et al. (2017). The Impact of Toxic Language on the Health of Reddit Communities. Canadian Conference on Artificial Intelligence.

Ohlheiser, A. (2016, November 30). Reddit will limit the reach of a pro-Trump board and crack down on its most toxic users. The Washington Post.

Richards, Z. (2012, September 16). Unleashing High-Profile, High-Profit Websites. University of Virginia Engineering.

Witman, E. (2020, Mei 28). ‘What is Reddit Premium?’: A guide to Reddit’s membership tier, which hides ads and gives you access to exclusive features. Business Insider.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.