fbpx

Maggi: Bukan Sekadar Mi Segera

0 2,490

Bagi rakyat Malaysia, Maggi adalah komponen penting yang menemani hidup anda tidak kiralah golongan elitis ataupun marhaen. Walau bagaimanapun ramai diantara kita yang beranggapan bahawa Maggi ini hanya semata-mata mi segera sahaja.

 

Malahan kemasyhuran Maggi ini menyebabkan beberapa jenama mi segera yang lain turut dipanggil Maggi. Dengan itu, benarkan Maggi ini hanyalah mi segera ataupun ianya lebih daripada itu? Ayuh kita kenali bersama-sama.

 

Advertisement

Secara umum, Maggi adalah sebuah jenama yang berasal daripada negara Switzerland. Ianya digagaskan pada tahun 1887 oleh Julius Maggi di mana jenama ini diambil bersempena nama beliau.

Kredit: Amazon

Tujuan beliau mengagaskan Maggi adalah untuk memberikan makanan yang enak & berkhasiat serta mudah diakses oleh keluarga daripada golongan pekerja. Beliau telah menghasilkan tepung pea dan sup kacang untuk dijadikan makanan berkhasiat yang boleh disediakan dengan pantas oleh golongan pekerja.

 

Dua tahun selepas itu Maggi mula mencipta sup segera pertama di dunia dan juga bahan penambah perasa yang kemudiannya menjadi asas kepada perisa dan sos.

 

Ianya adalah produk pertama seumpama itu apabila berkeupayaan untuk menambah serta meningkatkan rasa makanan. Beliau juga sudah mula menghasil beberapa jenis produk seperti kari, beberapa perisa sup dan bahan perasa makanan.

 

Produk-produk yang telah dihasilkan begitu berjaya sehingga ianya mula dipasarkan di peringkata antarabangsa. Menjelang tahun 1888, Julius telah membuka beberapa cawangan Maggi di Jerman, Perancis, Itali, UK dan US.

Kredit: Nestle

Syarikat Nestle berjaya mengilhakan jenama Maggi pada tahun 1947. Pada hari ini iaitu lebih 120 tahun kemudian, Nestle memegang aspirasi Julius untuk menghasilkan makanan yang enak, berkhasiat dan boleh diakses oleh semua orang melalui Maggi.

 

Pada hari ini, Maggi telah berkembang dengan pesatnya serta boleh didapati diseluruh dunia. Tidak kiralah produk Maggi seperti mi segera, sup, sos ataupun bahan perasa tambahan, kesemuanya menjadi kepercayaan pengguna kerana rasa yang sedap serta harga berpatutan.

 

Bagi pasaran Malaysia, Maggi memulakan operasinya dengan memperkenalkan produk berasaskan sos seperti sos tomato dan cili pada tahun 1969. Ianya diikuti oleh produk Maggi paling popular iaitu mi segera berperisa kari pada dua tahun berikutannya.

 

Apa yang telah terjadi selepas itu adalah sejarah dan pada hari ini produk-produk yang telah dihasilkan Maggi berjaya menguasai pasaran terutamnya melibatkan mi segera. Malahan menjadi pilihan mahasiswa-mahasiswa untuk menjimatkan wang saku.

 

Oleh itu, apa produk maggi pilihan pembaca? Kegemaran penulis adalah mi segera berperisa sup tulang dan tentu sekali berperisa kari. Dengar cerita Maggi Pazzta Cheese Makaroni sangat sedap tetapi penulis masih belum lagi mencuba.

Source Nestle. (n.d). Maggi® history: More than 120 years of delicious meals. Nestle. (n.d). The magic of Maggi: A history of cubes, consommés and creativity.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.