fbpx

Malaysia Akan Membeli Gula Daripada India

0 1,760

Malaysia akan membeli komoditi gula di India untuk menyelesaikan masalah import minyak sawit mentah ke India.

 

Syarikat penapis gula Malaysia, MSM Malaysia Holdings Berhad akan meningkatkan pembelian komoditi gula dari India untuk menyelesaikan masalah penurunan permintaan minyak sawit ke negara tersebut.

 

Advertisement

India bertindak demikian kerana Malaysia memberikan pandangan terhadap isu yang berlaku di Kashmir yang jelas tidak sehaluan dengan pendapat negara berkenaan. Seterusnya, India membuat keputusan untuk mengenakan beberapa sekatan perdagangan misalnya menaikkan cukai import minyak sawit dari Malaysia.

 

MSM telah membeli kira-kira 88,000 tan gula mentah dari Malaysia pada tahun 2019. MSM merupakan sebuah syarikat penagis gula antara yang terbesar di dunia. Dalam masa yang sama, FELDA juga mempunyai pemilikan terhadap syarikat ini.

Baca: Bagaimana Dr Mahathir Merenggangkan Hubungan Dengan India

India merupakan negara yang paling banyak mengimport komoditi minyak sawit mentah dari Malaysia selama 5 tahun. Dalam masa yang sama, jumlah eksport Malaysia ke India berjumlah kira-kira US$ 10.8 billion (RM 43.9 billion, manakala import pula bernilai US$ 6.4 billion.

 

India ialah negara penghasil gula terbesar di dunia dan eksport komoditi tersebut telah meningkat kerana lebihan komoditi ini dijangka akan meningkat 5 juta tan pada tahun 2019/2020/

 

Malaysia pula telah mengimport komoditi ini sebanyak 1.95 juta tan pada tahun 2019 berdasarkan data yang diperolehi oleh International Sugar Organization.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.