fbpx

Mampukah Amerika Syarikat Berperang Lagi?

0 454

Doktrin peperangan telah menjadi sebahagian daripada dasar pentadbiran Amerika Syarikat. Setiap penggal, negara ini perlu terlibat dalam mana-mana konflik global.

 

Semasa pentadbiran George W. Bush, Amerika Syarikat memulakan peperangan di dua negara – Afghanistan dan Iraq, yang menelankan perbelanjaan dirasai sehingga hari ini.

 

Advertisement

Barack Obama mewarisi sebuah legasi yang terbelah. Kalau kekal di Iraq, kos peperangan bertambahan pada ketika matlamat sudah dicapai.

 

Jika keluar dari Iraq, kelompangan kuasa tanpa Saddam Hussein pula membuatkan berlakunya krisis sektarianisme dengan kebangkitan ISIS.

Jadi suka atau tidak, Obama perlu berundur daripada peperangan yang tidak dimulakan pentadbiran beliau.

 

Bertrilion dolar telah dibelanjakan dalam bentuk hutang. Sudah 12 tahun Bush keluar dari White House. Legasinya masih mengikatkan Amerika Syarikat yang tidak boleh menikmati era baharu akibat bebanan lama.

 

Namun saban hari, Amerika Syarikat seolah-olah perlu kembali untuk betulkan masalah Bush. Jadi persoalannya – mampukah Amerika Syarikat berperang lagi?

 

Pertama sekali, Amerika Syarikat seolah-olah menyedari bahawa budaya wang tanpa had semakin tamat.

 

Semasa Perang Teluk, pihak White House/Pentagon mengeluarkan belanja AS$12 bilion setahun untuk memantau Zon Larangan Terbang.  Kos untuk menumbangkan ISIS dan mengganggu kerajaan Bashar Assad dijangka mencecah AS$20 bilion setahun.

Bagi menguruskan pasca-peperangan di Afghanistan dan Iraq pula, Amerika Syarikat berbelanja sebanyak AS$200 bilion setahun (Belasco, 2014).

 

Memandangkan musuh di Afghanistan, Iraq dan Libya (Muammar Gaddafi) sudahpun jatuh, maka persoalannya: dengan siapa Amerika Syarikat perlu berperang?

 

Setakat ini tiga negara yang kelihatan agresif terhadap kepentingan Barat: China, Iran dan Rusia. Ketiga-tiga negara ini sangat kuat dari segi ketenteraan dan penyatuan rakyat, jauh berlainan untuk dibandingkan dengan negara-negara yang telah diperangi.

 

Masalahnya, sebarang konflik dengan mana-mana negara tersebut akan menjadi peperangan bersama ketiga-tiga. China, Iran dan Rusia mempunyai hubungan yang sangat akrab.

 

Jika peperangan semasa dan usaha anti-keganasan selama ini menelankan perbelanjaan AS$6.4 trilion dan 800,000 nyawa (Crawford, 2019), konflik bersama China, Iran dan/atau Rusia tentu sekali jauh lebih mahal.

 

Pada masa yang sama, infrastruktur dan khidmat sosial dalam negara sendiri semakin ketinggalan zaman. 140 juta rakyat Amerika Syarikat dijangka hidup dalam kemiskinan (IPS, 2018).

Ramai lagi tidak mempunyai akses untuk kesihatan sendiri. Perubahan iklim merancakkan lagi krisis kebakaran hutan dan puting beliung, mungkin AS$120 bilion untuk pembinaan dan pembaikan semula.

 

Jadi apakah Amerika Syarikat boleh menampung peperangan? Jawapan paling mudah – boleh. Tetapi rakyat sendiri perlu bergadai kesenangan.

Source Belasco, A. (2014, Disember 8). The Cost of Iraq, Afghanistan and Other Global War on Terror Operations Since 9/11. Congressional Research Service. Crawford, N.C. (2019, November 13). United States Budgetary Costs and Obligations of Post 9/11 Wars through FY2020: $6.4 Trillion. Watson Institute. IPS. (2018). The Souls of Poor Folk.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.