fbpx

Marrybrown: Rantaian Francais Makanan Segera Malaysia

0 3,096

Apabila bercakap tentang rangkaian restoran makanan segera, pasti nama KFC dan Mcdonald’s akan meniti di bibir kita. Namun tahukah anda, Malaysia juga miliki rangkaian restoran makanan segeranya tersendiri. Memperkenal Marrybrown yang digagaskan oleh pasangan Lawrence dan Nancy Liew pada tahun 1981. Persoalannya bagaimana Marrybrown boleh tertubuh?

Restoran makanan segera ini bermula dengan kedai kecil pada tahun 1981 di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Lima tahun selepas itu, Marrybrown mencuba nasib untuk memasuki pasaran franchais dan ternyata tindakan itu berjaya walaupun perlu bersaing dengan jenama antarabangsa.

Advertisement

Pada awal penubuhannya, ramai yang begitu skeptic dengan Marrybrown kerana kelihatan seseolah cuba meniru konsep restoran makanan segera daripada Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara menarik yang restoran makanan segera dari luar tidak mampu ikut.

Apa perkara menarik tersebut?

Marrybrown bukan sekadar restoran makanan segera biasa kerana ia menawarkan menu yang sesuai dengan lidah belacan rakyat Malaysia. Ketika itu, restoran makanan segera seperti KFC dan Mcdonald’s belum lagi mesra tempatan. Hal ini juga menjadi kekuatan untuk Marrybrown cuba bersaing dalam pasaran francais.

Bukan itu sahaja, Marrybrown juga agak terkenal dengan harganya yang agak murah. Kita tahu suatu ketika dahulu, tangga gaji rakyat Malaysia amat rendah. Restoran makanan segera seperti KFC pula agak mahal. Hal ini telah mendorong Marrybrown menjadi alternatif untuk rakyat Malaysia menikmati ayam goreng rangup.

Ditambah pula, ketika itu agak sukar mencari restoran makanan segera yang miliki sijil halah sah.  Bagi golongan konservatif dan tradisionalis, isu halal ini adalah sangat sensitif. Jadi kehadirian Marrybrown ini membuatkan rakyat tidak perlu risau akan status halal kerana telah disahkan oleh pihak berautoriti.

Buat pengetahuan anda semua, Marrybrown juga berjaya membuka francais bertama mereka di China pada tahun 1992. Selepas itu restoran makanan segera ini makin berkembang dengan pembukaan francais di Indonesia, India, Sri Lanka, Maldives, Afrika, Timur Tengah dan Myanmar. Sehingga ke hari ini, Marrybrown memiliki lebih kurang 350 francais di seluruh dunia melangkaui jumlah 150 francais di Malaysia.

Malah Marrybrown menjadi restoran makanan segera halal terbesar di dunia yang berasal dari Asia. Pencapaian seumpama ini adalah sangat besar bagi syarikat dari Malaysia. Sebelum ini memang ada syarikat dari Malaysia yang berjaya tetapi tidak semua mampu mendapatkan produk daripada syarikat Malaysia tersebut. Berbeza pula dengan Marrybrown kerana rakyat biasa turut mampu makan di situ walaupun telah menembusi pasaran antarabangsa.

Marrbrown juga masih lagi meneruskan keunikannya sehingga ke hari ini iaitu menyediakan menu yang menepati selera tempatan. Salah satunya seperti Nasi Kandar yang dihiaskan dengan ayam goreng rangup. Bukan itu sahaja Marrybrown turut mengeluarkan menu yang sedang tular dan pelik. Sebagai contoh adalah Marrybrown mengeluarkan menu ayam goreng Korea yang begitu pedas dan ais krim nasi lemak. Restoran makanan segera ini juga adalah pencetus kepada burger nasi lemak sehingga ianya turut diadaptasi oleh Mcdonald’s.

Apa-apapun, Marrybrown masih lagi mampu bertahan sehingga ke hari ini walaupun KFC dan Mcdonald’s. Kehadiran Covid-19 juga sedikit sebanyak menganggu gugat perjalanan restoran makanan segera ini. Walau bagaimanapun, Marrybrown tetap tekad untuk bertahan menghadapi masa-masa sukar. Hal ini demikian kerana perniagaan yang mampu bertahan di saat sukar akan boom pada masa hadapan. Perkara seumpama ini pernah terjadi kepada BurgerKing yang diasaskan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi.

Oleh sebab itu ada satu kata yang saya nak petik daripada pemilik Marrybrown:

“Terkadang anda perlu ingatkan diri agar reda dengan kegagalan kerana tanpa kegagalan, anda tidak mampu belajar untuk menjadi lebih baik.”

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.