fbpx

Maybank Islamic Diisytihar Bank Islam Terbaik Dunia 2020

0 491

Baru-baru ini, MAYBANK Islamic Bhd dinobatkan sebagai Bank Islam Terbaik Dunia 2020 oleh majalah The Banker yang berpangkalan di London.

 

Menurut CEO Maybank Islamic iaitu Datuk Mohamed Rafique Merican, pengiktirafan tersebut sekaligus menjadikan cabang perbankan Islam Maybank itu sebagai institusi patuh syariah yang terkemuka di dunia.

 

Advertisement

“Juri kagum dengan komitmen bank untuk kekal mampan, perkembangan penawaran digitalnya dan pembukaan cawangan pertamanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya.

Tambahnya lagi, Maybank Islamic sudah diumumkan sebagai bank patuh syariah terkemuka Malaysia sebanyak empat kali dan kemenangan pada tahun ini sebagai Bank Islam Terbaik Dunia merupakan yang kedua selepas kemenangan pertama pada 2015.

 

“Pencapaian ini digapai selepas prestasi kewangan yang baik pada 2019 dan ketika modal Tahap 1 merosot, jumlah aset  yang dimiliki Maybank Islamic meningkat 7.1% kepada AS$58.2 bilion dengan pertambahan keuntungan sebanyak 25% kepada AS$611.5 juta pada tahun sama.

 

“Pulangan ke atas ekuiti (ROE) turut meningkat dari 22.5% pada 2018 kepada 26.7% pada 2019. Manakala nisbah kos kepada pendapatan tidak berubah pada 32.5 peratus,” ujar Datuk Mohamed Rafique.

 

Panel juri juga turut melihat operasi Maybank Islamic di UAE sebagai usaha pengembangan baru yang berani ditambah dengan prestasi operasi dan kewangannya yang kukuh menjadikan Maybank Islamic sebagai pemenang yang layak untuk anugerah berkenaan.

 

Beliau menambah, penghargaan itu sebagai bukti komitmen dan keupayaan Kumpulan Maybank untuk memanfaatkan kedudukannya sebagai penggiat kewangan terkemuka di rantau ini demi memberikan nilai kepada semua pelanggan.

Source Bernama. (2020). Maybank Islamic wins 'Global Islamic Bank 2020' award. The Edge. Harian Metro. (2020). Dinobat Bank Islam Terbaik Dunia 2020.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.