fbpx

Melabur Mengikut Khabar Angin

0 215
Scuttlebutt Investing

 

Secara terminologinya, scuttlebutt membawa maksud gosip, khabar angin, cerita-cerita yang bertebaran dalam kalangan orang ramai.

 

Advertisement

Dalam dunia pelaburan, kaedah ini mula diperkenalkan oleh Phil Fisher, antara orang orang terawal dalam dunia Value Investing. Kaedah ini (Scuttlebutt Method) disebut dalam buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1957.
Buku
Salah sebuah buku yang ditulis oleh Philip A. Fisher
Mungkin ada yang bertanya, relevankah kaedah ini dalam era sekarang yang digunakan pakai pada tahun 1957? Mungkin relevan, dan mungkin tidak.

 

Cara scuttlebutt ini mudah. Ia cuma sebagai due diligent untuk bacaan nadi (sekilas lalu) macam mana keadaan situasi perniagaan, buruk atau baik. Kalau nak tunggu, laporan suku tahun, laporan KDNK, laporan akhir tahun dari segi bentuk data rasmi, mungkin agak lambat lah.

 

Yang ini, kita kena bergossip, bersembang dengan orang sekeliling, pemerhatian sekeliling; seperti melihat pelanggan syarikat, vendor syarikat, persatuan perdagangan, pekerja syarikat, pesaing, mahupun bini boss besar, orang kaya, datin-datin datok-datok.

 

Vendor kurang kerja, perkerjaan kerajaan kurang, pekerja kena VSS, gaji kena potong. persatuan perdagangan minta dana dan pelbagai lagi.

 

Baca juga: Bagaimana Pelabur Runcit Ditipu

 

Contoh macam ini lah, kalau kita pergi pasar raya, tengok banyak kedai tutup, ataupun kedai makan kegemaran kita tutup. Pengunjung makin kurang.

 

Dulu kita tengok datin-datin selalu tiap-tiap bulan tukar handbag, Hermes, LV, gucci, chanel ke.

 

Mungkin, kawan-kawan perempuan yang rajin buat padi mani, pergi spa, buat facial, sekarang dah kurang.

 

Ataupun kita sembang dengan pemilik perniagaan. “tokey, amacam business?”, maka dia pun akan bercerita “business manyak teluk la sikalang. mau cari makan susah wooo.”

 

Lot-lot kedai, merata-rata iklan untuk disewa atau dijual. Tiada orang nak menyewa. Projek pembinaan tidak sibuk.

 

Indikator-indikator inilah yang memberi gambaran bahawa ekonomi tidak berada dalam keadaan baik.

 

Kita dah boleh agak, jualan atau hasil jatuh, keuntungan jatuh, syarikat or revenue drop. profit drop. companies experience losses. Petronas pun berbilion rugi.

 

Itu mungkin semasa covid tengah memuncak atau masa PKP. Sekarang, pasca PKP (dilonggarkan sedikit), kita buat balik benda yang sama. Kita perhatikan sebelum dan selepas.

 

Sekarang kalau nak beli tealive beratur panjang. LRT pun dah mula sesak. Pagi-pagi pergi pejabat pun dah jem sekarang. Lori-lori pasir dah berkeliaran di jalanan.

 

Hotel-hotel hujung minggu dah mula sesak. Pergi PD hujung minggu, jem macam kat KL. Pergi cameron highland, kereta tak bergerak langsung.

 

Di peringkat tempatan, aktiviti ekonomi mungkin ada perubahan positif. Sebab kita “lock-down”, tidak boleh ke mana-mana. Pelabur asing yang ada pun sebab tak boleh balik.

 

Di peringkat antarabangsa, sempadan belum dibuka. Penerbangan antarabangsa pun tidak sibuk. Kena tengok eksport negara macam mana? Sawit, pembuatan, getah dan lain-lain.

 

Those kind of pulse reading or meter reading, some sort give some signal.

 

Sudah tentu, separuh tahun kedua, banyak perniagaan yang terkesan teruk tetapi sedang cuba untuk bangkit kembali. Mungkin ada yang kata, post-moratorium, kita akan lihat lebih kesan buruk. Kalau jualan kedai mamak tidak meningkat, jualan spa tidak menaik semula, pasar raya masih lagi tidak sibuk, kedai banyak tutup, selepas tempoh moratorium.
Tapi ye lah, scuttlebutt ni sangat subjektif lah kan. Pemerhatian kita tidak menggambarkan situasi sebenar, tetapi mengumpulkan jawapan, kaji selidik, soalan dapat memberitahu kita teruk atau baikkah keadaan semasa.

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.