fbpx

Memahami Had Hutang Negara

0 288

Memandangkan topik hutang negara kembali panas di Malaysia, mungkin inilah masa sesuai untuk berbincang tentangnya. Bukan Malaysia saja sekarang ini sedang fokus pada hutang negara. Amerika Syarikat baru saja mengadakan sebuah undian perihal had hutang negara (national debt ceiling) yang wajar diketengahkan (Folley, 2021).

Kerajaan Malaysia pula sedang merencanakan sebuah rancangan untuk naikkan had hutang negara ke paras 65 peratus (Reuters, 2021). Jadi dalam artikel ini, kami akan mengulas tentang:

Advertisement

  1. Apa Itu Hutang Negara?

Setiap tahun kerajaan akan berbelanja (public expenditure) dan memperolehi hasil (public revenue). Dalam bahasa marhaen, hasil yang melebihi perbelanjaan akan dipanggil lebihan (surplus). Manakala perbelanjaan yang melebihi hasil pula dipanggil defisit (deficit).

Perkhidmatan awam perlu dibiayai kerajaan.

Empat perkara ini senang cakap merupakan hukum asas dalam sebuah ekonomi. Memang takkan boleh lari daripadanya.

Pada tahun 2017, Malaysia mendapat hasil sebanyak AS$51.25 bilion. Kerajaan Najib Razak berbelanja sebanyak AS$60.63 bilion. Jadi untuk tahun itu, Malaysia mencatat defisit sebanyak –AS$9.38 bilion. Maka hutang negara pun meningkat sebanyak AS$9.38 bilion.

Tahun 2017 sesuai dibuat kiraan, kerana itulah tahun Malaysia paling stabil kerana terkemudian a) Malaysia tiga kali tukar kerajaan dan b) pandemic COVID-19.

Jumlah AS$9.38 bilion ini sebenarnya tidak banyak, kalau dibandingkan dengan suasana ekonomi yang berjaya menarik pelaburan asing sebanyak AS$128.5 bilion. Tambah pula Malaysia mencatatkan keuntungan perdagangan sebanyak AS$66 bilion pada tahun itu. Jadi di sini kena faham asas – defisit tidak semestinya buruk.

Sebuah kerajaan perlu berbelanja atas banyak sebab. Pada dasarnya, kerajaan harus mengisi kelompangan yang tidak mampu diisi sektor swasta. Infrastruktur asas seperti sekolah dan jalan raya adalah bayangan paling mudah untuk memahami perbelanjaan negara.

Sekolah usang perlu dibaiki kerajaan.

Namun kerajaan juga mungkin perlu memastikan imbangan bekalan dan permintaan dalam makroekonomi. Ambil contoh: pentadbiran Najib berjimat banyak dalam tindakan menarik balik subsidi barangan. Beliau menggantikan subsidi pukal ini melalui bantuan wang, yang lebih tertumpu pada rakyat susah.

Kalau tengok dalam Model Ekonomi Baru (NEM) 2011-2020, pentadbiran Najib berusaha melaksanakan sebuah tindakan afirmatif yang lebih mesra pelabur. Maka kerajaan harus berbelanja untuk mencapai matlamat ini.

  • Kalau Hutang Negara Baik, Kenapa Perlu Ada Had?

Hutang negara wajar dibayangkan sebagai jalan mudah untuk menarik pelaburan asing. Itu yang berlaku semasa pentadbiran Najib Razak. Defisit AS$9.38 bilion; dapat pelaburan AS$128.5 bilion. Senang cakap, tiada pelabur akan berbelanja untuk membangunkan kilang bertaraf dunia… kalau jalan raya ke kilang tersebut ada lubang Optimus Prime. Tetapi hutang negara masih perlu ada had.

Bayangkan bina sebuah jambatan, padahal tiada sungai… atau bina sebatang sungai semata-mata untuk buat jambatan. Sekadar contoh sajalah.

Sekadar gambaran.

Perbelanjaan kerajaan terlalu tinggi kadangkala boleh menjerumuskan sebuah negara ke dalam kancah populisme. Pelabur biasanya membandingkan kadar hutang negara dengan kadar KDNK negara. Kedua-dua kadar kemudian akan diperatuskan.

Kalau terlalu tinggi, maka pelabur akan berasa tidak selamat untuk berlabur. Mereka tidak akan lari biasanya. Sebaliknya, mereka akan menuntut kadar faedah lebih tinggi untuk menampan sebarang risiko (Amadeo, 2021).

Kerajaan Malaysia selama ini menetapkan 55 peratus sebagai had hutang. Pentadbiran Muhyiddin Yassin telah meningkatkan ke 60 peratus, untuk mengendalikan bencana COVID-19. Ismail Sabri pula bakal menaikkan lagi paras ke 65 peratus. Kenaikan 10 peratus ini pula dijangka hanyalah bersifat sementara, kerana rakyat sekarang ini lebih penting.

RUJUKAN:

Amadeo, K. (2021, April 29). What is the public debt, and when is it too high? The Balance.

Folley, A. (2021, September 29). Two Democrats, One Republican Vote Against Parties on Debt Ceiling. The Hill.

Reuters. (2021, September 14). Malaysia plans to lift government debt ceiling to 65% of GDP.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.