fbpx

Memahami Kerajaan Minoriti Yang Berdiri Di Kanada

0 588

Pada 20 September 2021, Canada mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-44. Tujuan pilihan raya ini adalah untuk memilih wakil rakyat yang akan menganggotai Dewan Rakyat (House of Commons). Lima parti – Liberal, Conservative, Bloc Quebecois, New Democratic dan Green – bertanding untuk menang.

Tetapi kemenangan selalunya antara Liberal dan Conservative sahaja, masing-masing dipimpin Justin Trudeau dan Erin O’Toole.

Advertisement

Tiga parti lain pula ada aspirasi lain. Bloc Quebecois misalnya mengamalkan skop sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu atau Parti Warisan Sabah. Mereka sangat popular dalam Quebec, kubu utama dan tunggal mereka.

Keputusan pilihan raya pun sudah diumumkan. Trudeau berjaya memimpin Liberal ke arah kemenangan. Sekali lagi Trudeau dinafikan majoriti. Bermakna pilihan raya kali ini gagal memperolehi sebuah kerajaan majoriti.

Trudeau tidak perlu memujuk sokongan parti lain. Beliau boleh berkuasa… melainkan jika Conservative berjaya memujuk Bloc Quebecois dan New Democratic.

Ketua Umum Bloc Quebecois
Ketua Umum New Democratic Party

Apa yang berlaku di Canada barangkali boleh berlaku di Malaysia. Pertama sekali, Liberal dan New Democratic menarik sokongan daripada kolam yang sama. Conservative dan People’s Party of Canada pun sama bagi haluan kanan. Dua parti sedang berjµang untuk kolam sama.

Walaupun gagal mendapat kerusi, PPC mengganggu aliran undi dalam sesebuah kerusi. Bayangkan PPC mendapat 10 undian. Conservative mendapat 991 undian. Dan Liberal mendapat 993 undian. Meskipun jurang dua undi, kemenangan tetap untuk Liberal. Letakkan situasi ini di seluruh negara.

Malaysia sedang berdepan dengan kemelut sama. Tengok saja Israel. Banyak parti berlumba untuk kolam pengundi sama. Akhirnya empat pilihan raya baru berjaya membentuk kerajaan – itu pun perlu gandingan antara Yair Lapid dan Naftali Bennett yang berbeza fikrah politik.

Faham Asas Kerajaan Minoriti

Perlembagaan Israel mewajibkan sebuah kerajaan untuk cecah 60 kerusi majoriti. Israel tidak kisah berapa parti sekalipun. Kalau 10 parti dalam kerajaan pun tidak mengapa. Asalkan semua lepas 60 kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Kalau gagal, kena undi lain. Canada pula lain.

Pembangkang hanya boleh membentuk kerajaan melalui kerjasama politik. Bermakna pembangkang membentuk sebuah “coalition government”.

Pembangkang Canada berpeluang untuk menubuhkan sebuah “coalition government”  pada tahun 2019. Kerana Trudeau dalam pilihan raya lalu pun gagal memperolehi majoriti. Sudah dua kali berturut-turut Trudeau tiada majoriti, cuma populariti mencukupi untuk membentuk kerajaan. Bermakna Canada memerαηgi COVID-19 tanpa kerajaan majoriti pun.

“Coalition government” berbeza dengan “minority government”. Di Canada, sebuah kerajaan minoriti memang takkan seseakli bertahan lama. Selalunya dalam tempoh 480 hari sahaja. Ironinya, bapa Trudeau pun sama. Pada tahun 1972, Pierre Trudeau membentuk kerajaan minoriti dengan dua kerusi berlebihan.

Situasi kerajaan minoriti memang rumit. Kerajaan perlu sokongan pembangkang untuk meluluskan apa-apa rang undang-undang. Perlu ada perbincangan dan diplomasi, terutamanya jika ada saja benda tidak kena.

Situasi Di Malaysia

Malaysia mempunyai blok kiri yang bersatu dengan Pakatan Harapan. Setakat ini Parti Gerakan belum menunjukkan apa-apa potensi untuk merangkul kerusi daripada gagasan Anwar Ibrahim. Parti MUDA pula belum mendapat peluang. Walau bagaimanapun, blok kanan Malaysia betul-betul tidak bersatu.

Tiga parti beradu untuk blok kanan demikian hari pada tahun 2018 – UMNO, PPBM dan PAS. Dan dalam pilihan raya seterusnya, parti Mahathir yang baru pula akan masuk dalam kolam yang sama. Jadi empat parti untuk undi haluan kanan.

Situasi ini memang menimbulkan prasangka dan tanda tanya. Setakat ini kelihatan ada gencatan seηjαtα antara UMNO dan PPBM. Gencatan ini akan diuji pada hari pembahagian kerusi kelak. Kedua-dua parti sedang bersaing untuk mendapat kuasa majoriti. Parti Mahathir pula barangkali boleh mengganggu persaingan ini.

Sepertimana parti-parti Canada tarik daripada kolam sama, seperti itulah akan berlaku di Malaysia…. tetapi hanya di bahagian haluan kanan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.