fbpx

Memilih Saham Syarikat ‘Disruptive’

0 455

Warren Buffett mungkin tidak menyukai syarikat seperti ini. Tetapi Berkshire Hathaway sendiri melabur dalam Syarikat Apple, kerana pengganti beliau sudah pun melihat secara dekat syarikat seperti Apple (Apa yang menarik sangat tentang Apple?)

Apa maksud syarikat inovasi terganggu (disruptive innovation companies)? Syarikat ini adalah syarikat yang berinovatif, mereka cipta produk yang menukar landskap perniagaan, ekonomi, sosio dan industri dengan mencipta sesuatu yang baru dan memusnahkan persaingan konvensional.

Advertisement

Semasa Apple melancarkan iPhone pada 2007, ia telah mematikan banyak teknologi dan produk sekurang-kurangnya dalam 20 jenis. Iphone menjadi trendsetter dalam teknologi paparan sentuh. Ia hampir membunuh Nokia. (walaupun nokia masih lagi wujud tetapi tidak lagi dalam industri telefon bimbit). Ia membunuh Blackberry, ia membunuh kamera padat dan lain-lain.

Baca juga: Apple Perintis Industri?

Siapa sangka Amazon yang survive bubble dot com tahun 2000 dan menjadi salah sebuah syarikat paling bernilai di dunia kerana? Muncul Alibaba memberi saingan. Di China sendiri melahirkan banyak disruptive innovation companies.

Kemudian, lahirnya Netflix yang membunuh Syarikat Blockbuster. Tesla kereta berasaskan kepintaran buatan, space-x, nueralink, dan sebagainya? Amazon mengembangkan sayap mereka dalam teknologi awan, blueorigin, robotik dan lain-lain.

Baca juga: Amazon, Daripada Penjual Buku Kepada Sebuah Empayar

Facebook pula dalam arena media sosial yang nak masuk dalam blok rantai, realiti maya, realiti berperantara (augmented reality) dan sebagainya

Dan banyak lagi lah syarikat yang dikategorikan sebagai disruptive innovation. Dan mereka terus menerus menembusi kawasan ini sehingga tidak termampu dikejar oleh syarikat lain.

disruptive innovation

Disruptive innovation akan melihat pada landskap Industrial Revolution 4.0:

  1. Tenaga Boleh Baharu (Alternative or Renewal energy)
  2. Data raya (Big data)
  3. Robotik
  4. Kepintaran buatan
  5. Kereta tanpa pemandu
  6. Block rantai
  7. Genome sequencing

Tapi sayangnya, di Malaysia tiada atau tidak banyak syarikat yang sedemikian. Banyak kekangan untuk malaysia mencapai tahap seperti itu. Di Malaysia, Grab/Uber hampir membunuh cara lama teksi beroperasi. Nasib baik kerajaan perkenalkan polisi e-hailing. Zaman covid, muncul Foodpanda, Bungkusit, Lalamove dan lain-lain.

Di AS, ada banyak syarikat sedemikian.

Sebab itu kalau tengok mana-mana pelaburan, dana yang melabur dalam kategori ini, kebanyakan mencecah pulangan paling minima 60-70% dan maksima 150% dan ke atas.

Contohnya Exhange traded fund (ETF) ARK Innovation memberi pulangan pada tahun ini 148%. Innovator Loup Frontier ETF 80%.

Sebab itu saya sangat menggalakkan luaskan pelaburan di AS terutamanya dalam NASDAQ (selalu buat #NASDAQ).

Sebab private mandate investment minimum modal RM50,000 yang saya promosikan kalau tengok pulangan pada tahun ini ada yang mencecah 140%.

TESLA mencatatkan capital gain setahun 780% pada tahun ini sahaja.

Sesiapa yang berminat nak melabur di AS, boleh hubungi saya. Modal RM50,000.

Artikel ini ditulis Zayed Zulkifli.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.