fbpx

Mengapa Bundle Ada Yang Murah Dan Mahal?

0 967

Apabila berbicara mengenai bundle pasti perkara pertama yang muncul di benak fikiran adalah harga murah dan pakaian lusuh.

Tanggapan tersebut sebenarnya bersifat separa benar di mana semuanya bergantung kepada cara kita menyelami bundle itu.

Advertisement

Bundle memang sangat terkenal sebagai sebuah gedung yang menjual barangan seperti baju dan kasut dengan harga tak masuk akal.

Malahan terdapat juga bundle yang menjual item dengan harga serendah RM1. Namun begitu, ianya dijual secara longgok dan memerlukan kita ‘menyelam’ bagi mencari barangan yang berbaloi.

Bundle juga menjadi tempat bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pakaian yang lebih murah daripada harga pasaran.

Sebagai contoh, sehelai baju boleh didapati dengan harga semurah RM5 berbanding baju yang di jual di gedung membeli-belah dengan harga RM40.

Secara mudahnya, seseorang individu itu boleh mendapatkan empat helai baju dengan harga RM40. Syaratnya mesti tahu mencari baju yang berkualiti di tengah-tengah timbunan baju biasa.

Namun begitu, kenapa ada barangan bundle dijual dengan sangat mahal? Layakkah baju second hand dijual begitu mahal? Sabar, jangan terlalu cepat berprasangka buruk terhadap barangan bundle.

Sesuatu barangan bundle itu boleh jadi sangat mahal apabila ianya kelihatan sangat vintage. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan frasa barangan ataupun pakaian vintage?

Istilah vintage digunakan untuk mengambarkan pakaian yang berumur antara 20 hingga 100 tahun daripada tahun terakhir pengeluaran pakaian tersebut.

Kredit: Karousell

Ianya juga boleh dipanggil vintage apabila pakaian tersebut mencerminkan gaya dan trend yang berkaitan dengan era tersebut. Malahan pakaian yang dianggap sangat sukar didapati dari mana-mana gedung sekalipun.

Sebagai contoh adalah tshirt biasa yang tertera lambang kumpulan rock seperti Iron Maiden dan The Rolling Stones.

Baju-baju itu dianggap vintage kerana tidak lagi dikeluarkan serta berusia lebih 30 tahun dan jenama kumpulan rock itu sendiri yang menjadikannya mahal.

Kredit: Hmetro

Gambar di atas sudah cukup membuktikan baju yang kelihatan buruk itu boleh mencapai harga RM40k apabila terdapat nama Iron Maiden.

Menurut pemiliknya, dia mahu menjual baju tersebut di laman facebook dengan harga RM40k empat helai baju tetapi tiada yang sanggup membeli lagi.

Baju yang kali terakhir dicetak pada 1982 itu terus disimpan oleh pemiliknya dan dia yakin ianya akan diburu dengan harga lebih tinggi di masa hadapan.

Harga pakaian bundle juga boleh meningkat melalui konsep supply & demand. Anda ingat minyak sahajakah yang gunakan konsep ini, malangnya tidak.

Kalau ikut konsep penawaran dan permintaan (supply & demand), harga sesuatu barang itu akan naik apabila pemintaan meningkat dan penawaran jatuh samalah seperti sebaliknya.

Dalam kes pakaian bundle ini penawaran adalah sangat kurang bahkan tiada manakala permintaan daripada kalangan kolektor meningkat menyebabkan harganya semakin tinggi.

Jika semakin lama disimpan apabila permintaan meningkat, ianya akan bertranformasi menjadi harga yang tidak boleh di fikir dek akal.

Kita pasti pernah mendengar motorsikal Yamaha RXZ yang dijual dengan harga yang tinggi menyamai motorsikal berkuasa tinggi. Berkemungkinan pakaian bundle juga boleh mencapai tahap tersebut di masa hadapan.

Bukan itu sahaja, kegilaan para kolektor dan peminat juga membuatkan pakaian bundle terus mekar walaupun dijual dengan harga yang sangat mahal.

Kebanyakan daripada mereka mencari pakaian daripada era 50-an hingga 90-an yang disifatkan sebagai sukar didapati.

Walau bagaimanapun, pencinta bundle juga mampu menilai barangan berkualiti dan berharga. Jika pakaian itu memiliki nilainya tersendiri, tidak hairanlah kalau ianya menjadi rebutan.

Andainya bernasib baik, peminat bundle juga boleh mendapatkan pakaian yang vintage dengan harga yang murah melalui jualan longgok.

Namun, kebanyakan barangan tersebut biasanya akan ditapis oleh pemborong dahulu bagi dilelong dengan harga yang tinggi.

Oleh itu, pakaian yang vintage, penawaran yang rendah serta kegilaan kolektor menjadi asbab bundle bereformasi menjadi mahal.

Namun sebagai peminat bundle, tiada masalah sekiranya mampu membayar dengan harga yang mahal. Jika tidak sila ukur baju di badan sendiri serta utamakan apa yang paling dekat dahulu.

Source Asrizal Aris. (2017, Disember 15). ‘Buruk’ berharga RM40,000. Harian Metro Online. Hazira Ahmad Zaidi. (2015, November 28). Istimewa bundle ‘vintage’. Harian Metro Online. Kane, A. (2019, May 5). What is the definition of vintage clocthing.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.