fbpx

Mengapa Pemain Bola Sepak Perlu Dibayar Gaji Tinggi

0 511

Umum mengetahui bahawa secara asasnya tanda harga pemain bola sepak era kini lebih tinggi berbanding era terdahulu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi, gajinya sahaja sudah mencecah £7 juta sebulan iaitu 600 kali ganda lebih tinggi berbanding gaji seorang perdana menteri.

 

Dengan itu, apakah yang menyebabkan kegilaan ini boleh berlaku? Senang sahaja, jawapannya adalah penawaran dan permintaan.

 

Advertisement

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan sebagai penawaran dan permintaan dalam bola sepak? Ianya sama sahaja seperti konsep penawaran dan permintaan dalam kehidupan kita, misalnya seperti durian, lagi-lagi durian Musang King.

 

Kalau dulu-dulu, kita boleh beli berbakul-bakul. Sekarang jarang nak dapat macam tu. Sebab apa? Permintaan dah meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke luar negara.

 

Bila ada orang luar yang sanggup beli durian Musang King dengan harga beratus-ratus sekilo atas dasar kerana kemasyhuran disamping bakanya yang sedap, ini secara tak langsung telah tetapkan penanda aras harga durian.

 

Kredit: BBC

Dalam bola sepak, penawaran adalah adalah bekalan pemain berbakat untuk liga tertinggi seperti Liga Perdana Inggeris dan La Liga. Manakala, permintaan adalah jumlah kelab yang inginkan pemain berbakat itu tadi.

 

Kita ambil contoh yang begitu mudah, kenapa gaji Messi begitu tinggi? Hal ini demikian kerana, baka pemain bola sepak seperti Messi adalah sangat langka dan sukar didapati.

 

Pemintaan untuk mendapatkan pemain bola sepak berbakat adalah sangat tinggi kerana kelab mahu tingkatkan kebarangkalian untuk mereka menjulang trofi.

 

Hasilnya kelab boleh menjana keuntungan daripada hak penyiaran, barang niaga dan jualan tiket. Kelab juga harus bersaing untuk mendapatkan pemain terbaik dengan menawarkan gaji yang tinggi.

 

Sekiranya kelab hanya menawarkan gaji yang rendah, maka dengan itu kelab lain akan mengalahkannya. Hal ini pernah terjadi ketika Arsenal bertindak untuk menjual Alexis Sanchez, dimana Manchester United berjaya mengalahkan Manchester City dalam tawaran gaji.

 

Bukan itu sahaja, pemain diberi gaji tinggi kerana kelab telah memperoleh pendapatan daripada pelbagai aspek. Hasil daripada globalisasi dan kemajuan teknologi membuatkan bola sepak semakin popular serta sangat menguntungkan.

 

Sebagai contoh, hak penyiaran untuk musim pertama Liga Perdana sahaja bernilai tidak kurang daripada  £200 juta dan pada tahun 2016-2019, ianya berharga lebih daripada £5 bilion. Jadi, tidak pelik jika kelab Liga Perdana Inggeris mampu menawarkan harga yang tinggi dalam mendapatkan pemain berbakat.

 

Jika penduduk bumi kehilangan minat terhadap bola sepak, kelab tidak akan mendapat untung yang tinggi lantas permintaan untuk mendapatkan pemain akan turun dan begitu juga gaji mereka.

 

Persoalannya, bolehkan perkara seumpama itu terjadi? Jika bola sepak sudah tidak diminati oleh seisi dunia, sukan apakah yang boleh gantikannya. Tiada jawapan yang konkrit.

Source Bank of England. (n.d). Why are football players paid so much?
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.