
Mengapa Perlu Urus Risiko Dalam Perancangan Kewangan
Apabila bercakap tentang pengurusan risiko dalam perancangan kewangan, kebanyakan orang akan menyangka ia adalah berkaitan Insurans atau takaful sahaja. Ramai yang tidak sedar, sebenarnya, ia lebih jauh dari itu.
Kenapa Perlu Urus Risiko?
Advertisement
Sebab : “Life is full of uncertainties “
Sebab utama : Menjaga kebajikan diri, keluarga dan melindungi insan tersayang
Jenis-Jenis Risiko
1. Kehilangan sumber pendapatan
2. Kemasukan ke hospital
3. Ditimpa sakit kritikal
4. Kerugian dalam pelaburan
5. Lumpuh
6. Kematian
Apakah jenis risiko yang perlu diuruskan sendiri?
– Tabung kecemasan
Apakah jenis risiko yang boleh dialihkan kepada pihak ketiga?
– Rawatan perubatan, Sakit Kritikal, lumpuh kekal, kematian
Siapa Pihak ketiga?
– Syarikat insurans/ takaful
– PERKESO
Apakah risiko yang boleh diuruskan?
1. Kehilangan sumber pendapatan
Contoh : dibuang kerja, perniagaan ditutup dan lain-lain.
Kesan : Kelangsungan hidup ( makan,pakai,rumah ), pembayaran komiten/hutang
Cara :
a) Sediakan simpanan kecemasan secukupnya
- 3-6 bulan : Penjawat awam
- 6-12 bulan : Pekerja swasta / Bekerja sendiri/ berniaga
b) Skim insurans pekerja ( EIS )
- Pastikan majikan & anda mencarum ( murah tapi manfaat banyak )
- Walau anda kehilangan kerja, anda masih ada sumber pendapatan dari skim ini.
2. Sakit Yang Memerlukan Rawatan Perubatan/ Kemasukan Hospital
Contoh : Pembedahan appendix, Rawatan Radiotherapy/ Chemotherapy
Kesan : Kos Rawatan perubatan yang tinggi memerlukan pengeluaran duit simpanan / pencairan pelaburan.
Cara:
- Mencarum insurans/ takaful perubatan untuk membayar bil hospital
- Takaful yang ada elaun harian untuk yang bekerja sendiri / berniaga
Tips : Pastikan limit tahunan melebihi 1 Juta & tekankan pada sakit yang meliputi rawatan kanser, sakit jantung & dialisis kerana ia memakan belanja beratus ribu & inflasi kenaikan rawatan perubatan purata 15% setahun.
3. Sakit Kritikal
Contoh : Sakit Jantung, Cancer, Strok, koma
Risiko : Hilang sumber pendapatan , perbelanjaan penjagaan harian meningkat
Kesan : Aliran tunai ( Pendapatan berkurang, perbelanjaan bertambah )
Cara : Carum takaful untuk penyakit kritikal yang memberi duit pampasan “lump sump “
TIPS :
- Perlindungan kanser perlu dari peringkat awal, bukan tahap 3&4 sahaja.
- Cari pelan yang boleh lindungi sebanyak mungkin sakit kritikal
(terkini ada plan yang lindungi sehingga 68 jenis sakit )
4. Kerugian Dalam Pelaburan
Risiko : Kerugian melampau ( Rugi sikit itu tidak mengapa )
Kesan : Tidak dapat mencapai matlamat kewangan.
Contoh : Terpaksa melanjutkan umur persaraan, anak terpaksa berhutang untuk melanjutkan pelajaran
Cara : Bina Portfolio pelaburan berdasarkan profil risiko anda. Jangan tertumpu dalam satu kelas aset sahaja. Setiap kelas aset ada risiko tersendiri. Jadi, pelbagaikan kelas aset anda.
“DON’T PUT ALL EGGS IN ONE BASKET “
5. Lumpuh Akibat Kemalangan/Sakit
Risiko : Kehilangan pekerjaan
Kesan : Kehilangan sumber pendapatan, peningkatan perbelanjaan penjagaan & perubatan
Cara : Takaful Kemalangan ( P.A ) , Skim PERKESO
6. Kematian
Risiko : Kesinambungan hidup keluarga yang ditinggalkan, hutang tidak selesai selepas kematian.
Kesan : Kebajikan keluarga tidak terjaga, membebankan ahli keluarga dengan hutang yang ditinggalkan, pergaduhan kerana isu pengurusan & tuntutan harta pusaka
Cara :
- Hibah takaful kepada ahli keluarga yang ingin dilindungi untuk kesinambungan hidup
- Takaful / insurans untuk setiap hutang/ liability ( MRTT, Term Takaful )
- Caruman skim PERKESO
- Menulis wasiat, membuat dokumen hibah, melantik pemegang amanah
TIPS EKSTRA
- Simpan 15% dari pendapatan untuk tabung kecemasan
- Jumlah Tabung Perlindungan maksima 10% dari pendapatan bulanan
Nota :
Nasihat di atas adalah nasihat secara umum sahaja, jika inginkan nasihat yang tepat untuk situasi kewangan anda, dapatkan nasihat professional.
Sebagai seorang perancang kewangan yang bertauliah dan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia, nasihat saya adalah professional dan tidak bias kepada mana-mana produk atau syarikat kerana saya mempunyai akses kepada hampir semua institusi kewangan untuk pelbagai solusi kewangan terbaik.
Inaz Hashim
MB BCh BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Perancang Kewangan Bertauliah
Berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti & Bank Negara Malaysia
www.inazhashim.com