fbpx

Mengenali Mr. Market

0 1,203

Siapakah dia Mr. Market? Gelaran Mr. Market adalah gelaran merujuk kepada pasaran saham yang dipopularkan oleh Benjamin Graham.

 

Baca: Benjamin Graham, Guru Pelaburan Warren Buffet

 

Advertisement

Graham menjelaskan bagaimana pasaran saham beroperasi menggunakan analogi Mr. Market. Bayangkan anda menjadi rakan kongsi kepada sebuah perniagaan, rakan kongsi anda adalah seorang yang ‘gila’, nama rakan kongsi anda adalah Mr. Market.

 

‘Gila’ di sini bukanlah bermaksud tidak waras, tetapi Mr. Market bertindak dan membuat keputusan mengikut emosi. Setiap hari Mr. Market akan menawarkan kepada anda untuk membeli sahamnya atau membeli saham anda pada harga tertentu.

 

Anda pula bebas untuk membuat keputusan, setiap hari anda ada tiga pilihan, anda boleh jual saham anda kepada Mr. Market pada harga yang ditetapkannya, anda boleh beli saham daripada Mr. Market juga pada harga ditetapkannya atau anda memilih untuk tidak menjalankan sebarang urusan jual beli dengan Mr. Market.

 

Apabila mood Mr. Market baik, dia menilai harga sahamnya lebih tinggi berbanding nilai sebenar perniagaan. Pada hari ini, tindakan paling rasional bagi anda adalah menjual saham anda kepada Mr. Market.

 

Pada hari lainnya pula, ketika mood Mr. Market tidak berapa baik, dia menilai harga saham lebih rendah berbanding nilai sebenar perniagaan. Sekarang anda perlu mengambil peluang untuk membeli saham daripada Mr. Market, kerana saham ini dijual pada harga diskaun.

 

Dan apabila Mr. Market menilai saham pada harga yang tidak lari jauh daripada nilai sebenar perniagaan, anda tidak perlu buat apa-apa.

 

Baca: Apa Itu Saham

 

Dalam dunia sebenar, beginilah cara bagaimana pasaran saham beroperasi. Pasaran saham adalah Mr. Market. Contohnya jika saham Axiata didagangkan sekitar RM5.00 hari ini, jika berdasarkan penilaian anda nilai sebenar saham Axiata adalah RM3.00, anda mengambil keputusan untuk tidak membelinya kerana harga saham lebih tinggi berbanding nilai sebenar.

 

Jika berdasarkan penilaian anda nilai sebenar saham Axiata adalah RM8.00, anda mungkin berminat untuk membelinya kerana harga semasa saham lebih rendah berbanding nilai sebenarnya.

 

 

Secara kesimpulannya, anda tidak perlu bimbang dengan apa yang Mr. Market buat, kerana Mr. Market tidak pernah rasional. Tetapi anda boleh mengambil kesempatan ke atas Mr. Market dengan membeli saham yang didagangkan pada kadar diskaun atau menurut Graham membeli dengan margin keselamatan (margin of safety).

 

 

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.