fbpx

Menteri Komunikasi dan Multimedia Umum Penerima Geran RM 10 Juta untuk Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

Lebih 3000 artis dan pekerja budaya di seluruh negara terima manfaat daripada Inisiatif Pemulihan CENDANA- PENJANA

0 297

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini mengumumkan yang lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada  sumbangan RM 10 juta yang merupakan sebahagian daripada  bantuan kewangan RM 150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif.

Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual, muzik  independen dan kraf melalui 7 program kewangan yang bertujuan membantu:

Advertisement

  • individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik ini;
  • mereka yang terkesan disebabkan pandemik dan mempunyai kemampuan yang terhad untuk membuka semula operasi disebabkan pelbagai kekangan.
  • Individu, kumpulan, kugiran dan organisasi yang berjaya akan menerima jumlah geran yang berlainan bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan:
  • Geran dengan jumlah kecil sehingga RM 3,500 untuk mengadaptasi situasi norma baru,kerja atas talian, dan berjangka masa pendek;
  • Sehingga RM 30,000 untuk pelbagai program yang  dilaksanakan;
  • Sehingga RM 35,000 untuk ruang seni dan budaya melibatkan sokongan dari segi sewaan dan utiliti;
  • Sehingga RM 100,000 untuk menjadikan seni sebagai  sebahagian daripada ruang dalam bandar; atau
  • Sehingga RM 150,000 untuk menyokong operasi dan acara (untuk organisasi seni berdaftar)

“Komuniti seni dan budaya di Malaysia memberikan sinar baru untuk rakyat Malaysia dengan menyediakan ribuan peluang  pekerjaan. Situasi ketika ini adalah cukup sukar untuk semua, dan kami tahu ramai yang berusaha untuk pulih daripada impak COVID-19. Inisiatif Pemulihan CENDANA akan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk ruang, organisasi seni, penerbitan, kugiran dan kumpulan teater dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat kita,” kata Dato’ Saifuddin Abdullah

Majlis penyerahan geran melibatkan lebih 500 penerima manfaat dengan kehadiran 35 daripada mereka ketika majlis tersebut dijalankan, manakala penerima-penerima lain menerima anugerah ini secara atas talian. Mereka termasuklah:

  • 45% daripada Program Kewangan ‘Create Now’;
  • 17% daripada Pilihan Industri Kraf;
  • 11% daripada Program Kewangan Muzik Independen;
  • 10% daripada Program Kewangan Seni Persembahan;
  • 8% daripada Program Pemulihan Lokasi Seni;
  • 5% daripada Program Kewangan Organisasi Seni Berdaya Saing; dan
  • 4% daripada Program Seni Awam ‘Art in The City’

Artis-artis yang menerima geran ini kebanyakannya daripada Sabah, Sarawak, Kelantan, Perak, Johor dan Kedah dengan 38% daripada mereka menghasilkan Produk Buatan Malaysia, 35% Pemuliharaan Warisan, 11% Kraf Kontemporari, 9% Kraf yang Hampir Pupus, 5% dalam Latihan Kraf dan 2% dalam Inovasi Kraf. Penerima geran yang terdiri daripada artis dan pekerja budaya ini kebanyakannya berasal dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. Mereka termasuk dalam kalangan 49% individu, 28% kumpulan dan 23% organisasi.

Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh CENDANA di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) telah dihadiri oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan penerima manfaat daripada Inisiatif Pemulihan
CENDANA, melibatkan acara di lokasi dan melalui siaran langsung atas talian.

Majlis ini turut melibatkan sesi dialog antara penerima manfaat dan Menteri, majlis penyerahan kepada penerima manfaat dan persembahan daripada penyanyi tanah air Sean Ghazi dan rakan kerjasamanya.

Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, berkata,

“Tahun lalu telah memberikan cabaran yang tidak dijangka untuk komuniti seni dan budaya namun kini ia sedang bangkit semula serta semakin berkembang dalam setiap genap. Usaha seperti PENJANA, pengumuman tentang peruntukan Belanjawan 2021 dan usaha PRISMAKKMM amat penting untuk seluruh sektor seni dan budaya, memandangkan 93% daripada pemain industri menerima impak negatif akibat COVID-19. Terancam dengan kesan pandemik, kami berusaha untuk membantu melindungi pekerjaan dan  mewujudkan peluang untuk kebanyakan pekerja dalam sektor seni dan budaya. Sehubungan itu, kami mengalualukan dan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Kewangan atas kerjasama yang diberikan terhadap komuniti seni dan budaya untuk menstabilkan sektor ini.”

Noor Azmi Mat Said, Pengerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd menzahirkan kepentingan dalam memberi gambaran lebih besar demi pembangunan industri kreatif tempatan, termasuk sektor seni dan budaya.

“Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif adalah sesuatu yang diperlukan. MyCreative Ventures dan CENDANA berharap dapat meningkatkan tahap kepentingan ekonomi kreatif atau
ekonomi jingga memandangkan kami mula melihat tanda-tanda pemulihan daripada pandemik global yang berterusan ini. Dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakan tahun 2021 sebagai Tahun untuk Pembangunan Mampan Ekonomi Kreatif, kami
ingin menjadi sebahagian daripada usaha untuk membangunkan ekonomi jingga di sini dengan menyokong pengamal dan pengusaha kreatif melibatkan sokongan asas, akses pasaran, penggunaan teknologi, bantuan kewangan, pembangunan kapasiti dan sokongan
infrastruktur,” kata beliau.

“Tahniah sekali lagi diucapkan kepada MyCreative Ventures dan CENDANA atas usaha ini namun yang lebih penting lagi, semua penerima manfaat pada hari ini telah memberikan inspirasi kepada kita semua melalui hasil kerja mereka. Kami di KKMM amat berbesar hati dan berharap lebih ramai pihak dapat menerima manfaat daripada pelbagai usaha yang dijalankan KKMM, yang turut melibatkan Pelan Transformasi RTM, mengantarabangsakan
Industri Kreatif Malaysia dan juga Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia atau lebih dikenali sebagai PRISMA,” tambah Dato’ Saifuddin Abdullah.

You might also like