fbpx

Meringkaskan Perniagaan Anda: Aliments Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Semua dalam Satu untuk Perniagaan F&B

0 624

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2021 – Aliments, syarikat teknologi serta peneraju dalam sektor pesanan makanan digital dan transaksi tanpa tunai, melancarkan aplikasi mudah alih semua dalam satu bagi membantu peniaga F&B serta memudahkan peralihan operasi perniagaan mereka ke ruang digital. Aliments melancarkan aplikasi mudah alih ini dengan misi untuk mendigitalisasikan landskap perniagaan bagi peniaga F&B.

Menampilkan lebih enam jenis alat pengurusan multi-peringkat yang komprehensif, Aliments Business merupakan platform penyelesaian sehenti baharu bagi menyokong peralihan perniagaan F&B ke ruang digital. Melalui aplikasi ini, pemilik perniagaan F&B dapat menjejak pesanan dalam talian yang datang dari pelbagai platform, mengemas kini menu dengan segera, serta dapat menguruskan pekerja dan inventori mereka.

Advertisement

Mengurus Pesanan Dalam Talian Secara Lancar

Platform penghantaran makanan dalam talian telah mengembangkan pilihan pengguna dan menaik taraf kemudahan bagi pengguna tidak kira di mana jua. Walau bagaimanapun, perniagaan F&B berdepan dengan cabaran untuk menguruskan dan menjejaki semua pesanan, baik dari pelbagai platform dalam talian mahupun ‘dine-in’, justeru itu, Aliments Business ditubuhkan untuk menyelesaikan isu ini. Tidak kira pesanan yang masuk daripada foodpanda, GrabFood mahupun platform penghantaran Aliments sendiri. Sistem baharu ini membolehkan pemilik F&B melihat semua pesanan serta data jualan secara dalam talian bagi setiap kedai menerusi satu titik sehenti bersepadu.

Menerusi data yang dikategorikan mengikut carta mingguan, bulanan dan tahunan, pemilik perniagaan F&B dapat memantau prestasi perniagaan kedai mereka secara mudah, kerana semua platform telah disatukan menerusi satu Titik Jualan (POS).

Aplikasi Aliments Business All-In-One ini dapat  memberi manfaat kepada lebih 800 peniaga F&B menerusi alat  pengurusan dan gabungan perniagaan digital 

Menyelaraskan Menu & Waktu Operasi Secara Mudah

“Pesanan makanan yang datang dari pelbagai saluran, baik ‘dine-in’ ataupun dalam talian, memberi cabaran kepada peniaga khususnya ketika waktu puncak. Melalui aplikasi Aliments Business pengguna dapat menyelaraskan waktu operasi perniagaan dan waktu rehat untuk tempoh masa tertentu, sekaligus membantu menguruskan operasi dan memastikan tiada satu kedai pun yang mengalami kesesakan pesanan. Dijangka lebih 100 perniagaan F&B akan menggunakan aplikasi Aliments Business menjelang hujung 2021,” kata Kelvin Kwek, salah seorang Pengasas Bersama Aliments.

Di samping itu, aplikasi ini dapat memudahkan lagi penyelarasan menu. Perniagaan F&B yang kerap melancarkan promosi atau pilihan makanan baharu kini dapat menguruskan laman web kedai mereka dengan lebih berkesan kerana dapat memasukkan item menu baharu atau mengubah harga dan gambar tanpa proses persetujuan yang rumit sekali gus membolehkan mereka merancang atau melancarkan kempen dan promosi baharu secara cekap.

Mengurus Pekerja & Inventori

Tambahan pula, Aliments Business membolehkan perniagaan F&B menguruskan pekerja dan inventori menerusi satu klik sahaja. Pemilik perniagaan kini dapat menguruskan aktiviti pekerja mereka dengan memantau akaun kedatangan pekerja, serta menempatkan para pekerja bertugas di cawangan yang berbeza

Seiring dengan pembudayaan pesanan tanpa sentuhan, pengguna juga dapat menghasilkan kod QR mereka sendiri menerusi aplikasi ini. Hal ini amat penting y kerana kes COVID-19 masih lagi berleluasa. Ciri pembelian pintar ini, akan meringkaskan proses pembelian yang biasa sebanyak 80%. Lebih menarik lagi, pemilik dan pengendali F&B dapat berkongsi ciri ini dengan pembekal dan vendor mereka bagi mengurangkan sentuhan untuk menjamin keselamatan mereka. Hanya dengan beberapa klik, para peniaga F&B dapat menghantar pesanan pembelian mereka kepada pembekal dan melihat status pesanan mereka di aplikasi ini. Setelah pesanan diterima, baki stok akan dikemaskini secara automatik dan dapat dipantau melalui aplikasi Aliments Business

Meringkaskan Perniagaan

“Perniagaan F&B perlu menyesuaikan diri dengan perkara baharu dalam ruang digital. Pentingnya perniagaan F&B ini, dapat beralih ke ruang digital tanpa membabitkan kos yang besar. Kami ingin memastikan pengguna kami dapat berkembang dan menguruskan semua operasi mereka menerusi satu aplikasi,” tambah Kelvin lagi.

“Kami merancang untuk melancarkan lebih banyak lagi kemudahan baharu dalam waktu terdekat seperti pilihan pembayaran dan alat pemasaran tambahan yang bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan meraih lebih keuntungan, ,” kata Lee Teng, Ketua Pegawai Operasi Aliments.

Sebagai sebuah platform pesanan makanan tempatan, Aliments telah berkembang menjadi salah satu pemangkin perniagaan yang penting di dalam industri F&B. Syarikat ini kini berusaha merealisasikan visinya untuk memodenkan pengalaman menjamu selera serta melebarkan sayap mereka ke pasarans erantau menjelang tahun 2022.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Aliments, sila layari https://aliments.my/ atau muat turun aplikasi mudah alih Aliments Business dari Google Play Store dan App Store.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.