fbpx

Misi The Red Warrior Ke Bursa

0 380

Baru-baru ini dunia bola sepak tanah air digemparkan dengan berita penjualan pasukan boleh sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) kepada usahawan dan pakar pelaburan Norizam Tukiman.

 

Beliau kini memegang 100% saham TRW dan membelanjakan RM6.8 juta bagi memiliki TRW, RM3 juta untuk membeli saham dan RM3.8 juta untuk membayar hutang.

 

Advertisement

Pembelian ini merupakan satu perkembangan positif dalam usaha menswastakan industri bola sepak tanah air. Pasukan bola sepak yang ‘dilayan’ sebagai sebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang asing dalam industri bola sepak antarabangsa.

 

Pasukan bola sepak boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan, boleh didagangkan dan boleh dijadikan sebagai medium pemasaran. Tahukah anda ada beberapa pasukan bola sepak terkenal seperti Manchester United disenaraikan di pasaran saham, bermakna siapa sahaja boleh menjadi pemiliknya.

manchester united

Dengan penyenaraian awam juga, pasukan bola sepak wajib mengeluarkan penyata kewangannya setiap tahun secara tidak lansung menjadikannya lebih telus.

 

Dalam posting FB Norizam Tukiman, beliau menyatakan hasratnya untuk menyenaraikan TRW di Bursa Malaysia. Ini hujah beliau berkaitan perkara ini.

 

Dalam dunia saham,apa sahaja boleh disenaraikan, diapung sahamnya. Contoh yarikat jual sasi lemak, Old Town pernah disenaraikan awam dengan nilai RM1.6billion,Syarikat #OldChangkee yg menjual Karipap di Singapore bernilai RM400juta, Syarikat Condom Karex RM850juta,Jual Kondom pun IPO, Pembuat ZIP seluar baju YKK bernilai RM24billion. Jual tukul besi dan alat perkakas DIY,MR DIY pun bakal IPO dengan nilai RM10Billion!

 

Pasukan bola Sepak apa yg disenaraikan kt pasaran saham?
1.Manchester United Nilai semasa RM10billion
2.As Roma nilai semasa RM1.2billion
3.Real Madrid RM6billion
4.Juventus RM5billion
5.Bali United Indonesia bernilai RM300juta

 

Baca juga: Cara Beli Saham IPO

Kalau indon pun boleh IPO,takkan lah kita Kelantan FC tidak boleh. Ingat,IPO itu bukan secara tiba-tiba tapi ianya dirancang awal.

 

Apakah kelebihan kalau saham diapungkan?

1. Syarikat akan lebih telus,segala hal berkaitan akaun akan dibentangkan pada AGM dan semua pemegang saham boleh semak dan ajukan pertanyaan.

 

2. Tentunya bukan sahaja bersorak,tetapi lebih dekat kerana sorak atas kapasiti sebagai pemilik bersama. Nama anda ada dalam senarai sebagai pemilik saham.

 

3.Kecairan
Peminat boleh jual saham atau beli saham bila-bila masa.Maksudnya sesiapa sahaja boleh beli saham dengan modal serendah RM1000 jika harga sahamnya ditawarkan pada IPO nanti harganya RM1.00.

 

1000 unit saham X RM1.00 modal adalah RM1,000. Ini adalah contoh kiraan jika harga semasa IPO ditawarkan adalah RM1.00

 

4. Jemputan hadir ke Mesyurat Agung Tahunan AGM, bila dah jadi pemilik saham,semua penyokong Kelantan boleh pilih sendiri CEO Kelab Pasukan Bola Sepak Kelantan FC,boleh sahaja ajukan permintaan untuk kekalkan seseorang jurulatih.

 

5. Profesionalism, bila Pasukan bola diapungkan,tentunya hal pengurusan dan kewangan, kalau anda nampak ada penyelewengan boleh sahaja pakat ramai-ramai buat EGM dan tendang pengurus yang menyeleweng tu.

 

6. Modal dari pengapungan saham adalah lebih baik dari meminjam duit bank sebab bank tetap akan mintak hutang dan bunga dalam keadan senang atau sukar. Jauh berbeza dengan konsep saham yang lebih adil berdasarkan konsep pemilikkan entiti perniagaan atau pasukan bola sepak kesayangan.

 

Itulah hujah beliau mengapa beliau cuba berusaha untuk membawa TRW ke penyenaraian awam.

Harapnya dengan usaha ini industri bola sepak negara boleh lari daripada masalah-masalah yang biasa dihadapi seperti masalah hutang tidak berbayar atau gaji pemain tertunggak.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.