fbpx

Mitsubishi: Kisah Samurai Menjadi Pencetus Automotif

0 218

Mitsubishi merupakan jenama automotif ketiga paling besar di Jepun selepas Toyota dan Honda. Boleh dikatakan jenama ini juga menjadi kegilaan di Malaysia terutamanya melibatkan model Lancer.

Malah, model keluaran Proton seperti Wira dan Inspira turut dimodifikasi untuk kelihatan seakan-akan Lancer. Persoalannya bagaimanakah syarikat ini boleh tertubuh? Mungkin ianya merupakan syarikat tertua yang berasal daripada zaman Keshogunan.

Advertisement

Semuanya bermula ketika zaman peralihan antara Keshogunan Tokugawa dan Maharaja Meiji apabila seorang samurai iaitu Yataro Iwasaki berpendapat sudah masanya produk dari Jepun perlu menembusi pasaran antarabangsa.

Yataro Iwasaki
Kredit: Shikoku Tours

Bagi merealisasikan perkara itu, Yataro telah bekerja dengan sebuah syarikat perdagangan dan kumpulan samurai paling besar ketika itu iaitu Tosa Clan. Syarikat menjalankan aktiviti eksport komoditi seperti kapur barus, kapal perang dan senjata.

Peningkatan yang ditunjukkan oleh syarikat di bawah pimpinan Yataro telah membuatkan Tosa Clan perlu berpindah ke Osaka. Namun malang menimpa apabila Maharaja Meiji telah mengharamkan Tosa Clan.

Hal itu menyebabkan dua anggota kuat Tosa Clan menubuhkan Tsukumo Shokai sebagai sebuah syarikat perkapalan. Menjelang 1873, Yataro telah mengambilalih pengurusan Tsukumo Shokai lantas menjenamakan semula menjadi Mitsubishi Shokai.

Tahun berikutnya pula menyaksikan nama syarikat sekali lagi berubah kepada Mitsubishi Jokisen Kaisha.

Tosa clan ship
Kredit: Wikipedia

Sebagai sebuah syarikat perkapalan, Mitsubishi telah bertanggungjawab membawa askar imperial Jepun ke Taiwan dan ke Satsuma untuk tumpaskan pemberontakan.

Ketika itu syarikat berjaya menjana keuntungan dengan banyak malah 73 peratus kapal wap Jepun adalah milik syarikat itu.

Bagi memastikan terus relevan, syarikat ini telah meneroka cabang perniagaan lain. Antaranya adalah perlombongan, perkhidmatan pos dan kewangan. Hal itu telah membuatkan Mitsubishi untung besar terutamanya dalam sektor perlombongan.

Keuntungan yang diperolehi itu telah digunakan oleh Mitsubishi untuk membeli fasiliti kapal daripada kerajaan Jepun. Tidak lama sepelas itu, syarikat tersebut berjaya menjadi syarikat perkapalan terkemuka dunia.

Syarikat ini mula menghasilkan kereta pada tahun 1917 dengan pelancaran Model A. Ianya merupakan kereta pertama buatan Jepun dengan tujuh tempat duduk.

Mitsubishi Model A
Kredit: Japanese Nostalgic Car

Walau bagaimanapun pengeluara Model A terpaksa dihentikan ekoran harga yang agak mahal berbanding beberapa kereta daripada Eropah dan Amerika Utara. Model A hanya dikeluar sebanyak 22 unit sahaja sebelum dihentikan pengeluaran pada 1922.

Hasrat untuk membangunkan kereta tidak terhenti di situ sahaja apabila Mitsubishi Shipbuilding dan Mitsubishi Aircraft Co telah bergabung bagi membentuk Mitsubishi Heavy Industries.

Walaupun, syarikat ini sangat bertumpu kepada pembuatan pesawat, kapal dan jentera, mereka juga tidak lupa untuk membangunkan PX33 iaitu prototaip bagi kegunaan tentera.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, syarikat ini terpaksa memfokuskan pengeluarkan kepada pesawat tentera seperti Mitsubishi A6M.

Selepas berakhir sahaja perang, Mitsubishi kembali kepada keadaan asal mereka dengan mula menghasilkan kenderaan. Syarikat itu mula mengeluarkan motorkar beroda tiga dan skuter yang dipanggil sebagai Silver Pigeon.

Silver Pigeon
Kredit: Wikipedia

Walau bagaimanapun, Pihak Berikat telah memerintahkan agar Mitsubishi dipecahkan kepada beberapa cawangan bagi mengelakkan monopoli.

Mitsubishi telah dipecahkan kepada tiga cawangan iaitu East, West dan Central Japan Heavy-Industries. Apa-apapun tiga cawangan ini tetap menghasilkan kereta.

Pada tahun 1950, syarikat ini telah menghasilkan kereta baru iaitu model Mitsubishi 500 dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Ianya diikuti oleh model Minica Kei yang mampu bertahan sehingga tahun 2011 sebelum digantikan dengan model lain.

Dua tahun selepas itu, syarikat tersebut melancarkan model Mitsubishi Debonair yang juga merupakan kereta mewah untuk pasaran Jepun.

Mitsubishi Debonair
Kredit: Oustanding Cars

Bagi mengeksport kereta ke pasaran antarabangsa, Mitsubishi telah melakukan kerjasama dengan beberapa syarikat luar negara.

Dengan itu, Mitsubishi telah menjual 15 peratus sahamnya kepada syarikat Chrysler. Perjanjian tersebut membolehkan Chrysler menjual model Galant ke pasaran Amerika Syarikat tetapi dikenali sebagai Dodge Colt.

Namun berlaku sedikit pertelingkahan antara kedua-dua syarikat apabila Chrysler mendakwa Mitsubishi telah menguasai model antarabangsa syarikat itu.

Akhirnya Chrysler terpaksa menjual saham Mitsubishi kepada Australia lantas menubuhkan Mitsubishi Motors Australia Ltd.

Syarikat itu mula memasuki pasaran Amerikat Syarikat dengan menggunakan jenama Mitsubishi melalui model Tredia, Cordia dan Starion.

Hari ini Mitsubishi telah menjadi antara pencabar utama industri automotif dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila kenderaan ultiliti sukan (SUV) syarikat tersebut sangat laku keras di Britain.

Renault Nissan Mitsubishi
Kredit: Alliance

Malah, pakatan Mitsubishi bersama Renault dan Nissan telah memberikan banyak manfaat kepasa syarikat itu lantaran boleh berkongsi teknologi.

Baca juga Toyota: Revolusi Mesin Jahit Ke Industri Automotif

Jadi kepada pembaca semua, boleh ke perniagaan diubah kepada yang lebih menguntungkan?

Source Mitsubishi.com. (n.d). Establishing Mitsubishi in a time of tremendous upheaval and change. OSV. (2017, Disember 12). A brief history of Mitsubishi Motors.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.