fbpx

MOF Batalkan Pengecualian Cukai Ke Atas Pendapatan Faedah Retail Money Market Fund (RMMF)

0 1,341

Pada harini ini, Kementerian Kewangan melalui sepucuk surat rasmi telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan keputusan kerajaan untuk menamatkan pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima oleh pelabur korporat bagi pelaburan di dalam ‘Retail Money Market Fund’ (RMMF) yang sebelum ini telah diluluskan oleh suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Penamatan pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah tersebut akan ditamatkan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2020 melalui pindaan ke atas Perenggan 35A, Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui Rang Undang-Undang Akta Cukai Pendapatan 1967 atau Rang Undang-Undang Kewangan 2020.

 

Advertisement

Untuk rekod, bermula pada tahun lalu pengecualian cukai yang sama bagi ‘Wholesale Money Market Funds'(WMMF) yang mana telah diberikan sejak tahun 1999 kepada para pelabur WMMF- yang mana hanya boleh disertai oleh pelabur korporat yang mempunyai aset bersih melebih RM10 juta ataupun golongan yang dikategorikan sebagai ‘sophisticated investors’ yang mana aset bersih mereka melebihi RM3 juta telah turut dibatalkan bermula pada 1 Januari 2019 berikutan daripada pelan perancangan Bajet 2019 yang diumumkan lewat 2019.

 

Berikutan pembatalan pengecualian cukai tersebut pada 2019, para penganalisis berpendapat bahawa kemungkinan langkah kerajaan membatalkan pengecualian tersebut adalah kerana kerajaan telah berpendapat bahawa tujuan utama pengecualian cukai faedah peserta WMMF yang mana untuk menarik para pelabur dan juga untuk menguatkan pasaran bon Malaysia dalam usaha mempelbagaikan pangkalan pelabur untuk syarikat korporat pengutip dana telah tercapai.

 

Maka menjadi tanda tanya apakah pula sebab utama kerajaan membatalkan pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima oleh pelabur korporat di dalam ‘Retail Money Market Fund’ (RMMF) bagi tahun 2020 dan apakah kesannya kepada pasaran runcit ‘money market’ Malaysia di hari kehadapan apabila melihatkan peratusan besar pelabur korporat yang mendominasi pasaran berkenaan.

 

Berita selanjutnya menyusul.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.