fbpx

Nak Beli Rumah? 2 Rule of Thumb Ini Boleh Bantu Anda

0 162

Beli rumah memang seronok, lagi-lagi rumah idaman yang telah lama diimpikan.

 

Nanti dulu, jangan terburu-buru dalam buat keputusan.

Advertisement

Lagi-lagi dalam hal kewangan.

 

Anda perlu pisahkan antara emosi dan fakta. Maklumlah, beli rumah adalah satu komitmen yang panjang dan lama. Silap kira, ia bakal buat kewangan anda jadi senak.

 

Kenapa perlu berhati-hati untuk beli rumah ?

Berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh Ng Chan Mau yang merupakan salah satu firma pengurusan rumah lelong, terdapat peningkatan sebanyak 20% rumah yang dilelong pada 2018 berbanding tahun 2017.

 

 

Bergantung pada kiraan kadar kelayakan membeli rumah semata-mata adalah antara punca pembeli rumah tersangkut dihujung jalan.

 

Ada banyak faktor tambahan yang perlu anda ambil kira. Jadi, dibawah ni ada kami kongsikan 2 formula untuk pastikan anda bersedia daripada segala kemungkinan yang tidak diingini.

 

Formula 1 : 30% Rule

Ramai yang dah tahu tentang formula Debt-to-service Ratio (DSR) sebelum nak beli rumah. Formula DSR hanya ambil kira komitmen anda dengan bank sahaja, tidak untuk perbelanjaan peribadi anda.

 

Lepas kiraan DSR belum melayakkan lagi anda untuk memiliki rumah.

 

Ada banyak formula yang disarankan, tapi yang 30% Rule ni lebih popular dan mudah.

 

Jika gaji anda RM4,000 sebulan, anda perlu peruntukkan RM1,200 untuk pembiayaan rumah. Segala bayaran bulanan yang melebihi peruntukan anda, maknanya rumah tu tak sesuai untuk anda.

 

Bukan itu sahaja.

Selepas anda tolak segala perbelanjaan bulanan anda dan baki yang tinggal lebih rendah daripada peruntukan untuk rumah (< 30%), maknanya bahaya untuk anda beli rumah.

 

Solusinya, anda kena kurangkan perbelanjaan anda atau tingkatkan pendapatan anda sehingga mempunyai lebihan duit (> 30%).

 

Kalau boleh, peruntukan untuk rumah tu janganlah cukup-cukup 30%. Kalau dapat lebih rendah lagi bagus. Sebabnya, anda kena ingat, kos rumah tu perlu juga termasuk dengan kos-kos lain seperti untuk pembaikan.

Baca poin seterusnya.

 

 

Tabung kecemasan 10% untuk rumah

Hidup tak selalu indah. Langit tak selalu cerah.

 

Begitu jugalah halnya dalam memiliki rumah. Seperti mana kereta, rumah juga sampai masa anda sahaja benda yang perlu dibaiki.

 

Untuk sentiasa bersedia dalam hal ini, anda boleh peruntukkan 10% daripada komitmen bulanan dan jadikan ia sebagai tabung kecemasan.

 

Contohnya bayaran bulanan untuk rumah adalah RM1,200. Simpanlah RM120 (10% x RM1,200) untuk persediaan kos-kos lain yang bakal terlibat.

 

Dengan ini, anda tidak akan rasa tertekan bilamana memiliki rumah. Kita ni nak beli rumah tak nak lah pening-pening. Lagi-lagi yang beli rumah untuk disewakan, nak layan kerenah penyewanya lagi.

 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.