fbpx

NASA Rombak Jabatan Demi Masa Depan Ekonomi Angkasa Lepas

0 204

Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) telah membuat satu keputusan penting baru-baru ini. Keputusan tersebut ialah memecahkan bahagian penerbangan angkasa lepas manusia kepada dua jabatan berbeza.

Satu unit didedikasikan untuk misi berskala besar untuk penjelajahan masa hadapan seperti ke bulan atau Marikh. Sementara satu lagi unit berperanan untuk memantau misi berhampiran dengan bumi termasuk Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Rombakan jabatan yang diumumkan oleh ketua NASA Bill Nelson beberapa hari lepas menunjukkan evolusi hubungan antara entiti-entiti swasta seperti SpaceX dengan agensi kerajaan AS yang memonopoli penerbangan ke angkasa lepas selama berdekad-dekad.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, Nelson melihat rombakan ini sebagai satu keperluan. Ini kerana di sebalik keinginan NASA untuk memperbaharui misi mereka menjelajah ke angkasa lepas, agensi itu perlu melihat apa peranan yang perlu dimainkan apabila ekonomi angkasa lepas semakin berkembang. Justeru, dengan rombakan yang dibuat, ia dapat mengukuhkan kedudukan NASA dalam sektor ekonomi berkenaan untuk tempoh 20 tahun seterusnya.

Direktorat Operasi Misi dan Penjelajahan Manusia NASA yang diketuai Kathy Leuders dipecahkan kepada dua jabatan. Leuders masih memegang gelaran penolong ketua akan mengetuai Direktorat Misi Pembangunan Sistem Penjelajahan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk semua rancangan penjelajahan jangka panjang NASA termasuk Projek Artemis dan kemungkinan penjelajahan manusia ke Marikh.

Sementara bekas timbalan penolong pentadbir James Free dipanggil kembali daripada persaraan untuk mengetuai Direktorat Misi Operasi Angkasa Lepas. Jabatan ini akan menyelia semua aktiviti penerbangan dan perlancaran ke angkasa lepas yang bersifat rutin termasuk ISS dan penerbangan ke orbit rendah bumi. Free diberi amanah berkenaan kerana mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang program kargo, krew komersial dan stesen angkasa lepas NASA.

Pengumuman ini dibuat kurang seminggu selepas SpaceX berjaya membawa krew angkasawan orang awam pertama ke orbit dan berjaya membawa mereka pulang ke bumi dengan selamat.

RUJUKAN:

Gorman, Steve. (2021, 21 September). Nasa splits human space-flight unit in two, reflecting new orbital economy. Reuters.

Sumber gambar: AFP

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.