
Nasib Wanita Di Bumi Afghanistan
Apabila Amerika Syarikat tiba di Afghanistan, ramai dalam kalangan rakyat kedua-dua negara bersorak. Rakyat Amerika Syarikat memang panas hati sebab perangai kumpulan penggαηαs.
Rakyat Afghanistan pula mengidamkan kebebasan setelah sekian lama ditiηdαs Taliban. Pucuk dicita; ulam mendatang. Banyak kelonggaran diberi pada rakyat Afghanistan, untuk dibandingkan dengan zaman 1996 hingga 2001.
Advertisement
20 tahun Amerika Syarikat bertapak di Afghanistan. Keluar saja pihak Barat, akhirnya Taliban kembali… membodohkan semua pihak yang penat lelah bina dalam masa 20 tahun. Walaupun kembali berkuasa, Taliban bergelut dengan wang kerana disekat sana sini (Boak, 2021).
Jadi tidak pelik jika mereka kembali dengan cara lama. Dan tidak pelik jika Joe Biden dikilas habis-habis sampai terpaksa kembali (tunggu demam pilihan raya kelak). Andainya kembali, ibaratkan roda berputar tidak henti.
Cuma jangan sesekali bersorak lagi, kerana bukan semua orang melihat Amerika Syarikat sebagai pihak pembebas.
Seorang wanita Afghanistan menggunakan platform Instagram untuk berkongsi pengalaman membesar dalam negara yang bergolak ini. Pertama sekali, nasib memang tidak menyebelahi Afghanistan.
Dunia Islam akan sentiasa diam, jauh berbeza untuk dibandingkan dengan krisis Palestin – kerana pelaku di Afghanistan bukan berbangsa Yahudi. Satu lagi, ketidakstabilan Afghanistan seolah-olah menjadi rezeki Timur Tengah pula – kerana sekurang-kurangnya “semua anai-anai ditolak untuk hidup dalam satu tempat”.
Itulah nasib yang menimpa @burqasandbeer:

Keluarganya terpaksa lari daripada tanah sendiri akibat peperαηgαη antara Afghanistan dan Kesatuan Soviet.
Dalam peperαηgαη ini, banyak pihak berkepentingan ambil kesempatan. Amerika Syarikat menjadi pemain sampingan sahaja, sekadar bantu mengayak tepung yang diadun Pakistan.
Pertelingkahan kuasa besar di sini menyebabkan Afghanistan ketinggalan zaman, sekali gus menyuburkan buminya untuk kedatangan Taliban.
Mana tidaknya – sumber Afghanistan bernilai AS$3 trilion (Saefong, 2021). Dan rakyat tempatan tiada akses pada sumber ini, kerana terikat pada adikuasa dan sang penguasa.
Ramai dalam kalangan rakyat terkapai-kapai menggapai peluang yang terhad di Afghanistan.
Jika cuba keluar (ke Amerika Syarikat), rakyat Afghanistan diberitahu mereka datang tidak diundang… walhal nama Amerika Syarikat senantiasa tersemat di merata tempat.
Amerika Syarikat turun dari langit. Amerika Syarikat berpeleseran di darat. Kalau Afghanistan ada laut, maka situ pun Amerika Syarikat berlabuhan.
Dan sejak hari pertama Amerika Syarikat tiba di bumi Afghanistan, seramai 241,000 rakyat dikhuatiri terbµnµh (Gul, 2021). Yang masih hidup terpaksa melupakan trauma dilalui. Ramai dalam kalangan wanita dan kanak-kanak mencari dαdαh sebagai bahan pelepas (Hadid & Ghani, 2019).
Sesetengah orang tidak dapat lupakan trauma tersebut kerana sentiasa melihat anak mereka yang lahir dalam keadaan serba serbi cαcαt akibat terdedah pada bahan kimia.
Itulah hakikat apabila sebuah negara hilang kedaulatan sendiri. Setiap tahun, Amerika Syarikat memainkan video 9/11. Benar, apa yang berlaku di Bandar Raya New York memang satu dosa besar.
Walau bagaimanapun, 9/11 Amerika Syarikat adalah 24/7 Afghanistan. Sentiasa dalam masalah. Selalu dalam keperitan. Rakyat Afghanistan tiada hari spesifik untuk kenang sebagai hari musibah. Hari ini mungkin ulang tahun kehilangan suami. Bulan depan ulang tahun kehilangan anak.
Dan semuanya adalah hasil daripada peperαηgαη, kerana penasihat White House dulu percaya ia adalah satu solusi yang baik.
RUJUKAN:
Boak, J. (2021, Januari 21). Taliban took Afghanistan but face cash squeeze. AP.
Gul, A. (2021, April 16). Afghan (ditapiskan) has claimed 241,000 lives, report finds. VOA.
Hadid, D., & Ghani, K. (2019, Oktober 29). Women and Children Are the Emerging Face of (ditapiskan) (ditapiskan) in Afghanistan. NPR.
Saefong, M. (2021, Ogos 21). How China may benefit from Afghanistan’s estimated $3 trillion mineral reserves following the Taliban takeover. Market Watch.