fbpx

Neoliberal: Milton Friedman Dan Friedrich Hayek

0 281

Sebelum mengenali neoliberal, kita mesti kenali dua sosok tokoh yang telah membawa kepada teori kegemilangan kepada teori ini. Dua sosok individu terbabit adalah Milton Friedman dan Friedrich Hayek. Ayuh kita selami dua tokoh hebat tersebut.

Advertisement

Milton Friedman adalah seorang ahli ekonomi Amerika paling terkenal kerana keyakinannya kepada pasaran bebas.

Ketika berbeliau berkhidmat di Universiti of Chicago sebagai professor, Friedman banyak membangunkan teori pasaran bebas yang sangat menentang pandangan daripada ahli ekonomi keynesian.

Pasaran bebas adalah sebuah teori yang menidakan campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Sebagai contoh, harga petrol diukur melalui prinsip apungan di mana kerajaan tidak memberikan apa-apa subsidi bagi mengurangkan harganya jika naik terlalu mendadak.

Kredit: Nst

Dalam bukunya iaitu “A Monetary History of the United States, 1867-1960,” Friedman menggambarkan peranan dasar monetari dalam mencipta dan memburukkan lagi The Great Depression.

Friedrich August von Hayek atau lebih dikenali sebagai F.A Hayek adalah seorang ahli ekonomi British kelahiran Australia. Beliau menjadi sangat terkenal kerana kekerasannya mengkritik teori keynesian dan totalitarian sosialisme.

Pada tahun 1974, beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi dan dikongsi bersama dengan ahli ekonomi Sweden iaitu Gundar Myrdal.

Kedua-dua Friedman dan Hayek adalah sosok yang bertanggungjawab menggagaskan teori ekonomi neoliberal dan menentang pendekatan keynesian.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan teori ekonomi neoliberal, adakah sama dengan istilah liberal yang seringkali kita salah anggap?

Kredit: Facebook

Secara asasnya, neoliberal adalah sebuah teori ekonomi yang bertujuan perluaskankan daya pasaran yang kompetitif, menyatukan peraturan mesra pasaran dan menggalakan kebebasan secara individu.

Frasa ini telah muncul pada pasca Perang Dunia Kedua dimana ianya dikaitkan dengan lahirnya kefahaman baru mengenai fahaman liberalisme. Neoliberal adalah satu kesinambungan daripada pemahaman liberal yang disesuaikan mengikut konsep zaman.

Istilah ini menjadi mashyur apabila ianya dipratikkan oleh Margareth Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat sekitar era 70-an sehingga 80-an.

Kredit: Thought.com

Kemunculannya memberi pelbagai reaksi dan persepsi oleh pemerhati serta rakyat jelata. Bagaimana pula fahaman ataupun teori ekonomi ini boleh terbentuk?

Kelompok penyokong teori ekonomi neoliberal terbentuk apabila pada tahun 1947, Friedrich Hayek iaitu ahli ekonomi kelahiran Austria telah mengundang beberapa pakar daripada Amerika dan Eropah untuk menghadiri persidangan di Switzerland antaranya adalah Milton Friedman.

Konsep ekonomi neoliberal bercaya mencapai puncak kejayaan apabila Thatcher dan Reagan berjaya mengaplikasikannya ke dalam ekonomi sehingga membawa pengaruh ke negara lain.

Bukan itu sahaja, negara-negara pesaing mereka berdua juga akhirnya tunduk dengan neoliberal seperti di China era Deng Xiaoping dan Mikhael Gorbachev di Soviet Union.

Neoliberal adalah gagasan yang mengutamakan manusia atau boleh digelarkan sebagai homo economicus bermaksud manusia ekonomi. Oleh karena itu, gagasan ini ingin mencapai dua tujuan,

Pertama, hubungan antara pribadi dan sosial mestilah difahami dengan menggunakan konsep serta penanda aras ekonomi.

Dengan itu, semua persoalan akan dinilai daripada sudut pandang ekonomi. Motif ekonomi menjadi pendorong kepada manusia untuk bertindak berdasarkan konsep untung dan rugi.

Kredit: Handakafunda

Hubungan yang terbina juga semata-mata kerana dorongan teori sedia ada sahaja. Cara yang paling tepat untuk menjalankan fungsi ini sudah pastinya pasaran. Kelompok neoliberal juga percaya bahawa pasaran mampu dijadikan prinsip dasar dalam masyarakat dan negara.

Kedua, prinsip ekonomi juga merupakan kesinambuungan untuk menilai pelbagai tindakan dan rausyanfikir kerajaan sesebuah negara.

Jika liberal klasik meminta kerajaan untuk senantiasa menghormati prestasi pasaran sebagai salah satu cara yang tepat dalam ekonomi.

Neoliberal pula menuntut prestasi pasaran bebas sebagai satu-satunya kesinambungan untuk menilai semua tindakan kerajaan.

Oleh sebab itu, gagasan ini disebut sebagai fundamental pasaran kerana menginginkan pasaran bebas dimana kerajaan tidak berhak mencampuri urusan ekonomi.

Bukan itu sahaja, neoliberal juga mempersoalkan peranan kerajaan dalam urusan ekonomi negara. Dalam liberal klasik, kerajaan tidak perlu mencampuri urusan ekonomi kerana ianya mampu menguruskannya sendiri dengan pasaran bebas.

Manakala, neoliberal lebih ekstrem apabila meletakan kerajaan sebagai punca utama kegagalan ekonomi negara. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi membuatkan individu sukar mencapai kekayaan. Oleh sebab itu, gagasan ini senantiasa mahukan pasaran bebas.

Dengan itu, jika suatu negara menganut gagasan neoliberal maka secara logiknya negara akan makin lemah tetapi campur tangan kerajaan dapat dibendung. Jika campur tangan kerajaan dapat dihalang, kerenah birokrasi juga akan menjadi lemah.

Akibatnya, kerajaan akan kehilangan syarikat-syarikat atas nama negara kepada pihak swasta seperti dasar penswastaan di Malysia. Pasti anda semua kenal akan syarikat Tenaga Nasional Berhad dan Ranhill SAJ.

Program-program sosial juga akan menjadi sangat minimum atau tiada kerana kerajaan tidak akan membantu sesiapa pun. Kemiskinan seseorang itu bukan lagi dianggap sebagai beban kerajaan malahan sebagai tanggungan diri sendiri.

Anda pasti pernah mendengar kenyataan berbunyi begini “kau miskin sebab kau malas”. Jika semua yang disebut sebentar tadi benar-benar wujud dalam sesebuah negara, maka dengan itu negara tersebut telah mengadaptasi gagasan neoliberal.

Kredit: Gilahartanah

Usah kawathir dan gundah-gulana kerana pendekatan neoliberal ini juga pernah menyelamatkan Malaysia daripada terus karam di baham Kemelesetan Ekonomi 1997-1998.

Dasar penswataan negara yang diwujudkan oleh sang penguasa pada ketika itu telah membuatkan hutang negara menjadi semakin kurang selaras dengan pendapatan negara. Begitu banyak syarikat telah diswastakan kerana ingin mengeluarkan negara daripada krisis tersebut.

Kesannya adalah Malaysia telah mampu kekal relevan memasuki milenium baru dan ekonomi terus menunjukan peningkatan. Inilah jasa pendekatan neoliberal kepada negara kita.

Timbul persoalan, adakah neoliberal ataupun liberal baru ini masih lagi relevan di era pascamoden ini? Entahlah.

Source Alwi Dahlan Ritonga. (2019). Memahami neoliberalisme. Researchgate. Caldwell, B., J. (2020, March 19). F.A. Hayek: British economist. Encyclopedia Britannica. Champpelow, J. (2019, August 29). Milton Friedman. Investopedia.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.